Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rim.bu.han]/[ber.im.bu.han] | برايمبوهن

Definisi : memakai imbuhan, ada imbuhan: sistem Za’ba membolehkan penulisan kata ~ dieja bercantum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berimbuhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana membezakan antara Kata Kerja Transitif berimbuhan meN... dengan kata kerja transitif berimbuhan meN.......kan?.Tolong jelaskan.Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan men-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa DewanTatabahasa06.04.2012
Salam tuan/puan, Apakah perkataan berimbuhan daripada kata dasar desup'? Terima kasih.Perkataan berimbuhan daripada kata dasar "desup" ialah "Berdesup"Lain-lain05.11.2014
saya sangat bermasalah untuk menerangkan kepada ank murid mengenai perkataan berimbuhan akhiran..adakah pihak dapat membantu saya cara yang terbaik membantu murid memahami kata berimbuhan akhiran??

Puan boleh merujuk Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan maklumat seperti yang berikut:

1.     Akhiran kata nama (halaman 117-120)

2.     Akhiran Kata Kerja (i) Akhiran –kan (halaman 183); (ii) Akhiran –i (halaman 186)

3.     Akhiran daripada Sanskrit (halaman 307-308)

4.     Akhiran daripada Arab-Parsi (halaman 310).

Tiada teknik terbaik bagi mengajarkan bab akhiran kepada murid selain daripada guru memahami terlebih dahulu semua aspek yang berkaitan. Puan juga boleh mempelbagaikan contoh agar murid dapat membezakan setiap akhiran.

 

Tatabahasa12.03.2014
Apa maksud penggunaan huruf-huruf besar seperti N dan R pada perkataan yang berimbuhan..me N-, mempe R- , dipe R-.

Penggunaan huruf besar seperti N dan R pada perkataan yang berimbuhan meN-, mempeR- dan dipeR- dipanggil alomorf.   Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Nahu Melayu Mutakhir, penulis Asmah Haji Omar. 

Tatabahasa04.07.2010
Tuan , sememagnya tiada masalah menukarkan ayat aktif dengan imbuhan meN- kepada ayat pasif (melibatkan GND1/2) Bagaimana halnya dengan ayat aktif berimbuhan ter-? Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berimbuhan ter- berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. Bolehkah dipasifkan ayat-ayat di atas? TKAyat pasif ter- + oleh boleh diikuti Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Ayat tersebut apabila dipasifkan menjadi Bunga itu terpijak oleh saya, Pasu yang berat itu terangkat oleh awak dan Buku bapa terambil oleh saya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa05.03.2012
Cikgu, ayat di bawah kata kerjanya perlu mempunyai imbuhan atau tidak? 1. Harap saudara dapat mempelajari sesuatu yang baharu. 2. Harap saudara dapat pelajari sesuatu yang baharu. Ayat ini pula? 1. Minta tuan jelaskan wang supaya tidak menimbulkan masalah. 2. Minta tuan jelaskan wang supaya tidak timbulkan masalah. (Kedua-dua kata kerja tidak perlu berimbuhan atas syarat ayat permintaan, atau satu tidak perlu berimbuhan dan satu lagi perlu berimbuhan?) Sama dengan ayat di bawah ini. 1. Minta saudara buang sampah ini untuk mengelakkan pencemaran udara. 2. Minta saudara buang sampah ini untuk elakkan pencemaran udara. (Bentuk ayat 1: Kata kerja pertama iaitu "buang" tidak perlu berimbuhan, manakala kata kerja kedua iaitu "elak" harus berimbuhan. Bentuk ayat 2: Kata kerja pertama iaitu "buang" tidak perlu berimbuhan, kata kerja kedua iaitu "elak" juga tidak perlu berimbuhan.) Saya keliru. Tolong tuan bantu saya.1. Harap saudara dapat mempelajari sesuatu yang baharu.
2. Tuan diminta menjelaskan wang bayaran supaya tidak menimbulkan masalah.
3. Buang sampah ini untuk mengelakkan pencemaran udara. (ayat ini tidak gramatis - buang sampah dan pencemaran udara)
Untuk membuat binaan ayat yang betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa11.05.2014
bagaimana untuk mengetahui bahawa sesuatu perkataan itu berimbuhan sisipan. Seperti perkataan geroda tidak mungkin ia daripada perkataan goda atau berudu tidak mungkin dari perkataan budu. Adakah kemuncak imbuhan sisipan dari kata dasarnya puncak? Sekian terima kasih.

Saudara,

Untuk mengetahui sama ada sesuatu perkataan itu berimbuhan atau tidak, saudara hendaklah menggunakan kamus. Kamus hanya menyenaraikan  kata tunggal atau kata dasar  sesuatu perkataan.

Lain-lain21.10.2010
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya adakan perkataan berimbuhan "menggandaduakan" atau "digandaduakan" wujud dalam bahasa Melayu? Kata asalnya ialah "ganda dua" Contoh ayat: Jika nombor pertama digandaduakan, hasil tambah tiga nombor menjadi 22. Mohon betulkan kesalahan dalam ayat tersebut. Terima kasih.Kata berimbuhan digandaduakan terakam dalam Kamus Pelajar dalam huraian, iaitu punca kuasa ialah istilah pembahagi sesuatu kuantiti yang apabila digandaduakan akan memberikan nilai kuantiti tersebut. Kata menggandaduakan juga terakam dalam data kami dalam huraian istilah Malaysia untuk pengganda voltan (voltage doubler), iaitu litar yang boleh menggandaduakan voltan. Istilah14.12.2018
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH.Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon.
ii. Penggandaan separa kata berimbuhan
   berlari = berlari-lari
   kenang= kenang-kenangan
   kuning = kekuning-kuningan

Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.

Tatabahasa03.10.2014
salam, adakah perktaan berimbuhan "'keterpurukan" berasal daripada perkataan "terpuruk"?Perkataan keterpurukan dari kata dasar terpuruk dan perkataan terpuruk daripada kata akar puruk. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan perkataan keterpurukan dalam pangkalan data kami.Tatabahasa01.03.2012
123456

Kembali ke atas