Anak saya akan mengambil PMR pada oct ini, tetapi dia masih keliru dengan tatabahasa seperti berikut: 1. sungguh amat cantik sungguh kurang sopan terlalu amat kencang Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan? 2. amat nyaring betul amat sukar sekali sungguh indah nian sungguh besar sekali sungguh kuat benar Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan/ belakang? 3. (i) Ali dianugerahi pingat oleh sultan (ii) Ali dianugerahkan sultan pingat (iii) pingat dianugerahkan oleh sultan kepada Ali Adakah ayat (i) , (ii) (iii) semuanya betul? Mana yang salah. Harap tuan dapat menolong saya. Sekian terima kasih | 1. Contoh yang diberikan adalah salah. Yang betul: Sungguh cantik, amat cantik, teramat cantik, terlalu kencang, amat kencang, teramat kencang. 2. Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. 3. Ketiga-tiga jawapan adalah betul. | Lain-lain | 01.10.2009 |
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara | 1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
bolehkan dua kata penguat bebas hadir sebelum kata adjektif seperti ayat di bawah : sungguh amat indah. Adakah ayat ini betul atau salah? | Kata penguat digunakan sama ada di hadapan, di belakang atau secara bebas bukan beriringan. Oleh itu, ayat tersebut tidak tepat, yang tepat ialah sungguh indah atau amat indah. | Tatabahasa | 20.10.2010 |
Bolehkan imbuhan "me-" digunakan berterusan dalam satu ayat seperti "Ketua kumpulan memutuskan menggunakan cara pertama."? Adakah "memutuskan menggunakan" betul dalam ayat tersebut? Sekian, terima kasih. | Memutuskan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek/ayat komplemen/pelengkap untuk menyempurnakan ayat. Dalam contoh ayat yang diberi memutuskan dan menggunakan, kedua-duanya ialah kata kerja transitif dan tidak boleh hadir beriringan dalam ayat. | Tatabahasa | 10.01.2012 |
saya ingin merujuk kepada pihak tuan berkaitan soalan PMR 2010 baru-baru ini iaitu : Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. amat terindah B. sungguh amat indah C. amat sungguh terindah D. sungguh amat terindah saya dan rakan-rakan sudah merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan namun tiada jawapan yang memuaskan dapat diberikan. pohon kerjasama pihak tuan untuk menyelesaikan masalah ini. Cikgu Amir Azha | Berdasarkan rujukan kami, tidak ada jawapan untuk soalan yang tersebut. Jawapan B, C dan D adalah salah kerana darjah penguat tidak boleh hadir beriringan. Jawapan A juga salah kerana tidak ada bentuk amat/sungguh + ter + adjektif (amat terindah), yang ada ialah ter + amat/sungguh + adjektif (teramat indah). | Tatabahasa | 20.10.2010 |