Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.si.kan]/[ber.i.si.kan] | برايسيکن

Definisi : mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berisikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih.Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah

1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali
2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren
Tatabahasa08.07.2020
1berisi wang atau berisikan wang? 2. bersimpati Ah Cong / bersimpati akan Ah Chong / bersimpati terhadap Ah Chong / 3. Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru atau Ali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru? 4. Samy dimarahi cikgu / Samy dimarahi guru?

Ayat yang betul/yang telah diperbetulkan semula ialah:

1. ... berisi wang. 

2. ... bersimpati terhadap Ah Chong

3. Ali menyipkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru

4. Samy dimarahi oleh cikgu/guru

Tatabahasa10.03.2010
Ahmad mengangkat beg plastik yang berisikan / berisi sampah ?

Ayat yang betul ialah Ahmad mengangkat beg plastik yang berisi sampah. 'Berisi' bermaksud mempunyai isi.

Tatabahasa11.03.2010
Yang manakah betul? a. berdekatan dengan kedai/ berdekatan kedai b. berisikan air / berisi air / berisi dengan air Terima kasih. 

Sila beri ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat memberi penjelasan dan jawapan yang tepat. 


Tatabahasa24.06.2020
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan 1. "menerangkan" adakah perkataan ini ialah kata kerja transitif atau tak transitif? Selepas menerangkan, mestikah diikuti dengan objek? Contoh : i) Cikgu Hanif menerangkan tentang bentuk muka bumi kepada murid-murid. ii)Cikgu Hanif menerangkan bentuk muka bumi kepada murid-murid. Ayat yang mana betul, i atau ii ? 2. Perkataan "berisi" Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, berisi bermaksud :3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; Dalam keadaan ini, selepas perkataan berisi, perlukah diikuti dengan perkataan "dengan"? Contoh : i) Saya menatang dulang yang berisi dengan makanan. ii) Saya menatang dulang yang berisi makanan. Ayat mana satu yang betul, i atau ii ? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada tuan.

1. Perkataan menerangkan merupakan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Mengikut Kamus Dewan Perdana, berisi dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud ada seseorang atau sesuatu  di dalamnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)
Tatabahasa24.11.2021

Kembali ke atas