I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasih | Dalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. | Tatabahasa | 14.06.2008 |
brehing news | cadangan - berita tergempar/ berita mutakhir | Istilah | 15.11.2008 |
apakah definisi wawancara,wawancara berita dan wawancara rencana?apakah format wawancara berita dan wawancara rencana? apakah perbezaan di antara wawancara berita dan wawancara rencana? | Wawancara ialah temu bual antara wartawan dengan orang yang terkenal berkenaan sesuatu perkara. Wawancara berita atau rencana bermaksud baha yang disiarkan adalan dalam bentuk temu bual antara wartawan dengan seseorang tokoh. Beza antara wawancara berita dengan wawancara rencana ialah dalam berita disiarkan secara langsung atau tertunda melalui media elektronik, manakala dalam wawancara rencana disiarkan dalam media cetak. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku-buk bidang kewartawanan. | Makna | 25.02.2007 |
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini? | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimana cara membacabaca berita yang baik. | Cara membaca berita yang baik ialah pembaca berita perlu menggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, sebutan dan jeda yang betul. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Ayat: Adib tidak mengirim berita sudah lama kepada ibu bapanya di kampung. Soalan: Frasa "tidak mengirim berita sudah lama" adakah tepat/betul struktur ayatnya? -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL Tahun 6 2011. | Frasa yang paling tepat ialah "sudah lama tidak mengirimkan berita". | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Pembaca berita RTM menyebut RM20.00 begini: Ringgit Malaysia dua puluh ringgit. Bukankah sebutan yang tepat ialah dua puluh ringgit (tanpa Ringgit Malaysia)? Hal ini sama seperti kita menyebut dua puluh bath, dua puluh rupiah dan dua puluh rial. Mohon penjelasan. | Dalam penulisan, yang betul ialah ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut dua puluh ringgit. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia atau Kementerian Kewangan. | Lain-lain | 19.09.2009 |
Saya nak tanya sama ada kedua-dua ayat di bawah boleh diterima atau tidak. a) Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu. b) Saya sungguh gembira setelah mendengar berita itu. | Ayat 'Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu.' betul dan mematuhi tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 26.02.2007 |
Salam, Saya terbaca berita berkaitan Akademi Latihan DBP dalam Berita Harian baru-baru ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai akademi berkenaan, lokasi, kursus yang ditawarkan, durasi, kos dan kelayakan untuk mengikuti kursus di situ. Terima kasih. | Semua urusan mengenai Akademi Latihan DBP sedang diuruskan mengikut perancangan.Maklumat yang anda perlukan belum boleh di maklumkan secara rasmi.Pengurusan DBP akan mengumumkan apabila semua urusan yang berkaitan sempurna di laksanakan. | Lain-lain | 15.02.2008 |
1) Perkataan Seerti dengan berita. 2) Apa maksud wacana ilmu. | perkataan seerti berita ialah pengumuman, perkhabaran. pemakluman dan wacana ialah1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; ------- ilmu | Makna | 03.12.2007 |