tuan, ketua kampung itu meminpin anak buahnya berjaga malam mengawal kampung. Apakah kesalahan ayat ini, tuan? dan bagaimana membetulkannya. TQ | Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Makna 'Alert' dalam Bahasa Melayu | 'Alert' bermaksud berjaga-jaga, berawas-awas, berwaspada. | Makna | 19.04.2007 |
"vigilantism" perkataan ni pernah jumpa dan pernah dengar, tapi bila search kat DBP ni tak ada pula. Boleh bagi pandangan sama ada perkataan ni betul dan apa maksudnya? | Kata ‘vigilantism’ adalah daripada vigilant yang bermaksud sentiasa berjaga-jaga (sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan). Melalui carian kami internet, vigilantism dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kaedah , tingkah laku , sikap dan lain-lain yang berkaitan dengan kumpulan yang sentiasa berjaga-jaga, pemerhati, terutamanya militan, ketaksuban dan wasangka. Sila berikan ayat penuh atau konteks penggunaan kata vigilantism untuk mendapatkan padanan dalam bahasa Melayu. | Makna | 23.11.2014 |
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita. | Berikut ialah jawapan yang betul: 1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3. Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Apakah maksud 'PANDEMIK' dalam ayat berikut. Rakyat tidak perlu panik dengan perisytiharan pandemik selesema babi oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam kerana Malaysia mempunyai pelan berjaga-jaga. | Saudara Joannes, Makna pandemik ialah wabak penyakit yg tersebar dgn begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.06.2009 |
Saya ingin bertanya berkaitan beberapa perkataan yang ingin saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dan ingin mendapatkan pendapat sama ada ia betul atau salah. 1) Dilated pupil- mata membeliak 2) Anxiety- gelisah 3) alert- keadaan berjaga-jaga atau tahu tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling 4) level of consciousness- tahap kesedaran 5) delirium- keracauan 6) fidgeteness- tak tahu duduk diam 7) withdrawal symtpoms- sakit gian dadah 8)attentive- dapat tumpukan perhatian 9)gone into hiding- dah larikan diri 10)mild anxiety- sedikit kegelisahan 11) slight resistance- tidak berapa setuju Sekian. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan. | Berikut merupakan terjemahan yang betul: 1) Dilated pupil: Pupil terdilat/terbeliak 2) Anxiety: Kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran 3) Alert: Memberitahu supaya bersiap-sedia, meyedarkan 4) Level of consciousness: Tahap kesedaran 5) Delirium: Racauan, keadaan terlampau seronok 6) Fidgeteness: Gelisah, resah 7) Withdrawal symtpoms: Simptom-simptom penarikan 8) Attentive: Memberikan perhatian penuh 9) Gone into hiding: Sudah pergi menyembunyikan diri 10)Mild anxiety: Kebimbangan, keresahan ringan 11)Slight resistance: Rintangan ringan, daya tahan lemah Padanan kata yang diberikan bersifat umum. Padanan kata lebih tepat apabila diberikan konteks mengikut kesesuaian ayat. | Makna | 08.06.2018 |
Saya menhadapi kesukaran untuk menterjemah ayat ini, "Kami menilainya dari segi "health, safety, security, Environment". "Safety" dan "Security" sentiasanya dipadankan dengan "keselamatan". "Kawalan Keselamatan" boleh bermaksud "safety control" dan "security". Penyelesaian saya ialah "pengawasan", kerana "awas" boleh diasiosiasi dengan "berjaga-jaga untuk menghadapi ancaman penjenayah". Tetapi malangnya dalam kamus ia tidak bermaksud demikian. Saya sebenarnya serba salah dalam menjalani tugas sebagai penterjemah kerana banyak perkataan asing masih belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, saya rasa saya perlu melaporkan sebarang "penciptaan perkataan baru" kepada DBP untuk disemak supaya diriku tidak dituduh "mencipta perkataan tanpa hak". Saya sanggup menerima teguran jika padanan perkataan saya ini tidak tepat. | Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan." Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. "Pengawasan" ialah istilah bahasa Melayu untuk monitoring. Walau bagaimanapun, sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus, tuan boleh mencadangkan istilah yang sesuai. Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapat cadangan padanan istilah yang sesuai atau istilah tersebut boleh dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa untuk dibincangkan. | Istilah | 01.09.2012 |
Tuan, bagaimana membezakan penggunaan "sehingga" dan "hingga". terima kasih. | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat. Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti. Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
apakah perbezaan antara penggunaan "hingga" dan " sehingga"?...adakah 'sehingga" merupakan kata sendi nama? | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat. Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti. Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Apakah padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah "online vigilantism"? | Tidak ada maklumat tentang frasa online vigilantism dalam pangkalan data kami. Melalui carian kami internet, vigilantism dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kaedah , tingkah laku , sikap dan lain-lain yang berkaitan dengan kumpulan yang sentiasa berjaga-jaga, pemerhati, terutamanya militan, ketaksuban dan wasangka. Jika Kami mencadangkan online vigilantism diterjemahkan kepada kewaspadaan sistem atau kewaspadaan dalam talian, berdasarkan konteks penggunaan ayat tersebut (sila semak konteks penggunaannya). | Penyemakan dan penterjemahan | 26.03.2015 |