Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya tentang apakah perbezaan antara "sementara" dengan "manakala"? Boleh berikan contoh ayat. | Sementara dan manakala, kedua-duanya ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu, contoh ayat: Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak; dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, contoh ayat: Dia tersenyum, manakala melihat adiknya tidur. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Tuan/puan, Saya ada beberapa kemusykilan bahasa: 1. Bagaimana membezakan penggunaan "sementara" dengan "manakala"? 2. Bagaimana membezakan penggunaan "Jika" atau "Jikalau" dengan "kalau"? 3. Apakah pola ayat berikut :"Bandar raya Kuching terletak di Sarawak"? Terima kasih | 1. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu; seperti contoh ayat - Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak, dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, seperti contoh ayat - Dia tersenyum manakala melihat adiknya tidur. 2. Kata jika, jikalau dan kalau membawa maksud yang sama. 3. Bandar raya Kuching terletak di Sarawak - ayat penyata (FN + FN) | Tatabahasa | 11.08.2010 |