Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ja] | برجاج

Definisi : 1. mencari rezeki (nafkah, pen­dapatan, dsb) dgn membawa barang dagangan berkeliling utk dijual: Yahya didenda kerana ~ tanpa lesen; 2. berjual: dia dilarang ~ di situ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ja] | برجاج

Definisi : membawa barang-barang dagangan ke merata-rata tempat utk dijual: Tiap-tiap pagi, Jalal ~ nasi lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaja
Kata Terbitan : berjaja, menjaja, menjajakan, penjaja,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah 'yang' digunakan pada awal ayat? Jika boleh, apa contoh ayat-ayatnya. Terima kasih.Kata hubung pancangan relatif "yang" boleh digunakan pada permulaan ayat. Contohnya: Yang berjaja kain itu jiran saya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 252.Tatabahasa16.04.2012
adakah ayat ini betul???? -Yang turut menghadiri majlis pertunangan itu ialah keluarga menteri besar? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan perkataan 'yang' pada hadapan ayat dengan betul???Ayat pertama betul. Yang merupakan kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh penggunaan yang dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. Yang berjaja kain itu jiran saya.ii. Yang indah itu bahasa. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252.   Tatabahasa15.06.2008
Assalamualaikum, Bolehkah ayat dimulakan dengan "yang", contohnya, "Yang penting, kita mesti sepakat...."Ayat boleh dimulai dengan kata hubung pancangan relatif yang. Ayat Yang penting kita mesti sepakat betul. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252. Dua contoh lain penggunaan yang pada awal ayat adalah seperti yang berikut:
(i)  Yang berjaja kain itu jiran saya.
(ii) Yang indah itu bahasa
Tatabahasa14.12.2018
Bolehkah yang dan adalah digunakan untuk mula ayat... contoh ayat 1.Adalah dengan ini... 2.Yang menjadi sesalan apabila....

Penggunaan 'adalah'  boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Tetapi apabila berada di hadapan ayat seperti 'Adalah dengan ini dimaklumkan...' ayat tersebut salah.  Adalah boleh hadir di pertengahan ayat dan diikuti dengan kata sendi. Ayat yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa...". 

Kata hubung pancangan relatif "yang" boleh digunakan pada permulaan ayat. Contohnya:Yang berjaja kain itu jiran saya. Kata relatif "yang" digunakan apabila hendak menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

Tatabahasa26.09.2017
Selamat petang, tolong bantu saya. 1)Antara frasa di bawah, yang manakah betul? Kenapa? a)benar sekali indah, atau b)sungguh nian indah. Berkenaan soalan di atas, 'nian' dan 'sekali' merupakan kata penguat belakang. Jadi jika begitu sepatutnya, sungguh indah nian, adakah andaian saya ini benar? 2) Kata perintah diikuti dengan kata kerja. Menerusi beberapa buah buku yang saya baca, kata kerja selepas kata perintah tidak boleh ada imbuhan 'ber' dan 'me', namun imbuhan 'di' dibenarkan. Contoh :a) Jangan dibuang beg itu. b) Usah pijak rumput itu. Jadi, adakah ayat di bawah ini betul? a)Usah bermain di tepi sungai. b)Jangan bergaduh di sini. Harap tuan boleh beri penjelasan. Terima kasih.

1) Kami setuju dengan pendapat puan, frasa yang betul ialah "sungguh indah nian".

2) Kata kerja dengan awalan imbuhan boleh hadir selepas kata perintah asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 256 dan contoh yang dipetik daripada buku tersebut ialah: Jangan berludah di sini dan Jangan berjaja di kawasan ini.

Tatabahasa04.08.2011
soalan: 1. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan??/ 2. Pada pihak yang benar atau kepada pihak yang benar?kenapa kepada lagi sesuai...boleh tolong jelaskan???

Kata hubung pancangan relatif "yang" boleh digunakan padapermulaan ayat. Contohnya: Yangberjaja kain itu jiran saya.Kata relatif "yang" digunakan apabila hendak menghubungkanklausa utama dengan klausa kecil yang lain.Contoh yang diberikan tidak lengkap yang menunjukkan penggunaan"yang" di pangkal ayat. 

 

2.Kata sendi nama pada menunjukkanketerangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakansasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.

 

Tatabahasa28.03.2013

Kembali ke atas