(i) Kami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. (ii) Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Untuk ayat (i) & (ii) apakah jenis ayat majmuk? (a) Ayat Kata hubung pancangan keterangan atau (b) Ayat Kata hubung gabungan | Kami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Kedua-dua ayat tersebut ialah ayat majmuk keterangan. | Tatabahasa | 16.11.2015 |
Salam, betulkah ayat ini? Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan di bandar. Atau adakah perkataan 'berjalan' perlu digantikan kepada 'berjalan-jalan'? Jika tidak ditukar, adakah salah ayat ini? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan-jalan di bandar". Kata kerja berjalan lazimnya merujuk perbuatan berjalan itu sendiri seperti "kanak-kanak itu mulai berjalan setelah digamit ibunya". | Tatabahasa | 06.05.2014 |
maksud bercengkerama | Saudara Fuad, Maksud perkataan bercengkerama ialah 1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Makna | 16.06.2010 |
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih. | Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat. Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau. | Tatabahasa | 31.01.2011 |
Tuan, Adakah "peperiksaan sedang berjalan" betul? sebab biasanya kita tulis 'peperiksaan sedang dijalankan" Perkataan 'peperiksaan' tidak bernyawa bolehkah kita guna kata kerja kerja aktif 'berjalan'? tolang tuan jelaskan pernyataan tersebut. sekian terima kasih. | Penggunaan label yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) ia, mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan berjalan/dijalankan adalah tidak sesuai. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
apakah beza melintas dengan melintasi? | perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut; melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Ali mengira buku-buku itu berdua-dua. (b) Ali dan Abu berdua pergi ke sekolah. (c) Sesetengah tayar kereta besar dan bulat untuk jalan gunung. (d) Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya. (e) Kakak saya berjalan ke rumah kawannya. | Ayat yang tepat dan gramatis: 1. Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut? | 1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan. | Tatabahasa | 28.06.2013 |
mana yang betul,peperiksaan sedang dijalankan atau peperiksaan sedang berjalan, mengapa? | yang betul dan tepat ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) , mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih. | Makna | 30.08.2007 |
Yang manakah yang benar ? 1. Awas, peperiksaan sedang dijalankan 2. Awas, peperiksaan sedang berjalan | Penggunaan yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak), mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih. | Tatabahasa | 05.06.2013 |