Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lur] | برجالور

Definisi : , berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.lur] | برجالور

Definisi : 1 bergaris agak lebar dan agak panjang; berloreng lurus: Bajunya ~ hitam putih. 2 mempunyai ruang panjang di antara dua garisan (batas dll); dlm bentuk jalur: Pokok-pokok getah ditanam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjalur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa istilah 'beadboard' dalam bahasa Melayu? 'beadboard' ini dalam konteks rumah contohnya dinding dan siling.Istilah yang boleh dicadangkan ialah panel berjalur.Penyemakan dan penterjemahan01.06.2015
Adakah perkataan 'zebra' boleh digunakan dalam bahasa Melayu utk merujuk kepada kuda belang? Saya keliru keran di dalam Kamus Dewan Eds 4 zebra-lintasan belang tetapi ada perkataan 'zebra' wujud utk merujuk kepada kuda belang dalam maksud perkataan 'hemar' (hémar)-Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra.Untuk makluman tuan, dalam data kami, perkataan zebra merupakan bahasa Inggeris dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersbeut ialah kuda belang. Kuda belang ialah haiwan ekuin mamalia Afrika yang tangkas dan berkait rapat dengan kuda, tubuhnya berjalur hitam atau perang gelap dengan putih.Makna20.11.2013
Apakah terjemahan bagi poison dart frog? Haiwan ini bersaiz lebih kecil daripada jari manusia dewasa. Mempunyai kulit yang berwarna terang dan berwarna-warni seperti kuning, merah, biru, ungu dan lain-lain. Selalunya bercorak seperti bintik-bintik dan berjalur. Kulit katak ini sangat beracun.Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.
Penyemakan dan penterjemahan04.09.2024
Salam, apakah nama ikan dalam bahasa melayu bagi 'blue striped snapper'? Terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi nama ikan "blue striped snapper" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat istilah red snapper yang dipadankan dengan ikan merah. Oleh itu kami mencadangkan ikan berjalur biru bagi istilah blue striped snapper , jika bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan15.08.2014
Salam, saya ingin bertanya. Yang manakah ejaan yang betul antara 'kain pelekat' dengan 'kain pelikat'? Dalam kamus memang ejaan 'kain pelekat' tetapi apabila saya google dalam Internet dan berdasarkan percakapan harian, ejaan yang biasanya digunakan ialah 'kain pelikat'. Jadi, yang manakah betul?Istilah yang betul ialah "Kain Pelekat". Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki.Ejaan09.05.2013
Salam. Perlukah tanda bacaan koma (,) sebelum sendi kata "dan"? Cth: "Saya mempunyai banyak barangan elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, mesin basuh, dan sterika elektrik." (perhatian kpd koma (,) selepas mesin basuh sebelum dan). Terima kasih.Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah.  Contohnya tanda koma memisahkan unsur-unsur kata yang berurutan:  Bendera itu berjalur merah, putih, dan biru.  Tanda koma hendaklah digunakan sebelum "dan", "atau", dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh kedudukan tanda koma sebelum "dan" pada ayat yang tuan/puan beri itu adalah betul.Lain-lain25.01.2016
bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih.

 Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 

 ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa11.08.2009
Salam Sejahtera tuan/puan. Bolehkah tuan/puan jelaskan cara menggunakan tanda baca koma sebagai pemisah ayat atau klausa

Antara fungsi tanda koma sebagai:

 

1.    Memisahkan unsur kata dan frasa yang berurutan.

Contoh: Bendera itu berjalur merah, putih dan biru.

 

2.    Memisahkan beberapa ayat setara.

Contoh: Pelita itu dinyalakan, dibawa masuk ke bilik tidur, diletakkan di   hujung katil.

 

3.    Memisahkan klausa utama daripada keterangan tambahan yang bermula dengan “iaitu”, “yakni” dan “misalnya”.

Contoh: Ada dua warna yang selalu menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan kuning langsat.

 

4.    Memisahkan klausa komplemen, atau frasa klausa dan keterangan daripada ayat induk (dalam ayat songsang).

Contoh: Jika hujan lebat, pertunjukan itu terpaksa dibatalkan.

 

5.    Memisahkan kata atau ungkapan yang diulang.

Contoh: Tiada lain yang dibuatnya, melainkan menangis, menangis, menangis!

 

6.    Memisahkan ayat petikan langsung. 

Contoh: Katanya, “Esok kita pulang.”

 

7.    Memisahkan kata nama atau frasa nama daripada frasa penjelasan yang mengikutinya.

Contoh: Dia ke kota dengan kereta abangnya, Proton Perdana hitam.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 109 – 113.

Ejaan05.07.2024

Kembali ke atas