apakah maksud berjela-jela? | Maknanya ialah tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 28.05.2009 |
Apakah ejaan sebenar untuk ungkapan 'pot pet/pok pek' yang sering digunakan untuk menyatakan perbuatan seseorang yang bercakap panjang berjela tetapi tiada makna. Contoh 'Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berpot pet/ berpok pek sahaja tanpa berhenti. Boleh belajar untuk diam tak?' | Untuk makluman tuan, tiada ada perkataan pot pet/pok pek dalam bahasa Melayu baku. Perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "berleter". Contoh: "Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berleter sahaja. Boleh belajar untuk diam tak?. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan, maksud berleter ialah bercakap-cakap dgn. tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel.
| Tatabahasa | 06.10.2018 |
bagaimanakah yang dimaksudkan dengan 'aplikasi jawi(pinjaman dan kata asing)'?tolonh terangkan secara terperinci..sekian, terima kasih... | Agak mustahil untuk saya menerangkan di sini aplikasi Jawi tentang Kata Pinjaman dan Kata Asing di sini kerana penerangannya terlalu panjang berjela. Namun saudari boleh merujuk perkara tersebut dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua cetakan 2008, halaman 115 ke atas. | Lain-lain | 01.09.2009 |