Perlukah ada sengkang (-) di antara berjimat dan cermat bagi perkataan berjimat cermat ? berjimat cermat atau berjimat-cermat ? | Ejaannya ialah berjimat cermat. | Ejaan | 26.08.2014 |
Adakah penggunaan berjimat cermat dalam ayat berikut bermaksud berjimat ? Kita mesti berjimat cermat seperti Syarul yang menyimpan wang yang diberi oleh ibunya dalam tabung. | Ya, "berjimat cermat" dalam ayat tersebut di atas bermaksud "berjimat" atau "berhemat-hemat", iaitu tidak boros dalam hal membelanjakan wang. | Makna | 09.07.2014 |
berjimat cermat / berjimat-cermat | Saudara, Ejaannya ialah berjimat cermat. | Ejaan | 17.03.2010 |
Yang manakah betul? 1. berjimat cermat atau berjimat-cermat? 2. nyamuk Aedes atau aedes? | Ejaannya ialah berjimat cermat. Ejaannya ialah nyamuk Aedes | Ejaan | 08.10.2018 |
Nur'ain Iman Oct 7th, 10:32am Salam sejahtera. Saya ada pertanyaan. Mengenai kata ganda Berjimat cermat atau berjimat-cermat? | Ejaan yang betul ialah berjimat cermat. | Ejaan | 07.10.2014 |
Salam sejahtera, 1. Di dalam Kamus Dewan = bertungkus-lumus Di dalam kamus Pelajar Edisi Khas KBSM = bertungkus lumus (tiada tanda sempang). 2. berjimat-cermat @ berjimat cermat Mohon pandangan tuan yang manakah betul. | Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri. | Tatabahasa | 29.04.2012 |
Adakah kata sendi 'untuk' harus ada untuk tajuk buku berikut? 100 Cara Berjimat Cermat atau 100 Cara untuk Berjimat Cermat | Kata sendi nama "untuk" tidak perlu hadir dalam tajuk tersebut. Ungkapan "100 Cara Berjimat Cermat" boleh digunakan sebagai tajuk buku. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Jawapan yang diterima: Ejaan berjimat- cermat ada sempang. Harap maklum. Hasil carian kata: berjimat cermat Mana satu yang betul? Harap pihak tuan dapat memberikan keterangan yang jelas. Jawapan yang ditunjukkan sememangnya menunjukkan kekeliruan. Harap pihak tuan dapat membetulkannya sebelum terlambat. Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berjimat cermat, tanpa tanda sempang. | Tatabahasa | 02.02.2015 |
1)Manakah ayat yang betul ? a) Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih | 1. Yang Betul = Kita perlu berjimat menggunakan air. 2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
'Jom berjimat cermat bersama-sama!' Adakah tanda baca koma harus diletakkan selepas perkataan 'jom' dalam ayat di atas? Terima kasih. | Tanda koma tidak perlu diletakkan selepas perkataan "jom". | Tatabahasa | 21.05.2013 |