Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kai.tan] | برکاءيتن

Definisi : bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kai.tan] | برکاءيتن

Definisi : ada sangkut pautnya; berhubungan; bersangkutan: Dr buku ini, kita dpt mempelajari perkara-perkara yg ~ dgn sejarah negeri kita sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kait (kata nama)
Bersinonim dengan ranggit, gaet, galah bercangkuk, besi bercangkuk, kayu bercangkuk, rotan bercangkuk;,
Kata Terbitan : berkaitan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Berkaitan atau berkaitan dengan? Pada pendapat sy, sepatutnya "berkaitan" kerana mengambil konsep yang sama apabila perkataan berimbuhan apitan ber-an, selepas terus kepada predikat atau pelengkapnya. Contoh: bersumberkan wahyu, berpandukan peta, bermodalkan rm1000 dan sebagainya. Namun, kenapa dalam khidmat nasihat DBP masih banyak menggunakan "berkaitan dengan"? Harap dapat berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih.
Untuk makluman puan, kata kerja berapitan beR-...-kan membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap. Contohnya, bermodalkan RM1000, bersumberkan wahyu dan berpandukan peta.

Kata kerja yang terbentuk melalui beR-...-an ialah kata kerja tak transitif yang lazimnya menerima keterangan sendi nama yang memerlukan kata sendi nama seperti dengan, sejak, sehingga dan lain-lain. Contohnya bersedihan sejak..., berkilauan akibat.., berkaitan dengan... dan lain-lain.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 199-200 untuk rujukan. 
Tatabahasa06.10.2020
Salam sejahtera. Frasa yang mana yang gramatis? (a) berkaitan aktiviti sukan (b) berkaitan dengan aktiviti sukan Dalam Kamus Dewan terdapat frasa-frasa yang berikut: (c) hal-hal yang dengan kewangan (d) perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran Kemusykilan ini saya panjangkan kerana jawaban yang saya terima ialah (a). Sila berikan pencerahan. Sekian.

Kedua-dua frasa adalah gramatis, namun bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain16.03.2022
Berkaitan perhimpunan di sekolah: Yang _____ Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah. Yang _____ Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah. Yang _____ Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah. Yang _____ Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah. 1. Apakah panggilan hormat yang sesuai? (Situasi majlis tanpa tetamu dari luar dan situasi majlis tanpa tetamu dari luar) 2. Mengapa penggunaan "Encik" lebih sering digunakan berbanding "Tuan" walaupun individu tersebut telah berkahwin? Bukankah penggunaan yang betul ialah "Tuan" untuk lelaki yang sudah berkahwin? 3. Terdapat pihak yang mengatakan Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi YBrs.. Benarkah? 4. Nama jawatan yang betul ialah Guru Penolong Kanan atau Penolong Kanan sahaja?1. Cadangan kami, gunakan gelaran hormat Yang Berusaha kepada pengetua, manakala guru-guru lain gunakan gelaran hormat Yang Dihormati, seperti Yang Berusaha Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah, Yang Dihormati Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah, Yang Dihormati Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah, Yang Dihormati Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah.

2. Penggunaan "Encik" di hadapan kata nama lelaki sama ada yang telah atau belum berkahwin telah lama diamalkan. Kata sapaan "tuan" digunakan dalam penulisan formal bagi menggantikan nama yang dirujuk.

3. Betul, Yang Berusaha boleh dieja YBrs. dalam singkatan.

4. Berdasarkan surat siaran/edaran Kementerian Pendidikan, jawatan Penolong Kanan yang digunakan atau singkatannya PK.
Tatabahasa03.08.2024
Berkaitan dengan carian peribahasa ukur baju di badan sendiri. Persamaannya dalam bahasa Inggeris mengandungi kesalahan ejaan. Stretch your arm no further than your sleeve will reachSekian, terima kasihKami maklum berkenaan kesalahan ejaan 'Stretch' yang dieja 'Strech dan ejaan 'sleeve' yang dieja 'slave'. Terima kasih.Lain-lain28.04.2021
MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. ANTARA 2 AYAT DI ATAS, YANG MANA LEBIH TEPAT@BETUL TENTANG PENGGUNAAN 'KERJA-KERJA BERKAITAN' ATAU 'LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN'?Penggunaan yang betul ialah KERJA-KERJA BERKAITAN atau KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITANTatabahasa23.08.2021
(a) ...membuat perancangan "berkaitan" strategi syarikat. (b) ...membuat perancangan "yang berkaitan dengan" strategi syarikat. Ayat (a) atau (b) yang betul?Frasa yang betul ialah "membuat perancangan berkaitan strategi syarikat".Tatabahasa21.07.2016
Mana ayat yang betul? antaranya yang berkaitan bidang kuasa negeri ATAU antaranya berkaitan bidang kuasa negeri ...penggunaan perkataan "yang". mohon penjelasan terima kasihJawapan yang betul ialah "... antaranya yang berkaitan dengan bidang kuasa negeri ..."Lain-lain22.05.2022
Salam sejahtera. Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan aktiviti aktiviti sukan. Adakah frasa ‘berkaitan aktiviti sukan’ gramatis? Pencerahan tuan/puan amat dihargai. Sekian.

Frasa “berkaitan aktiviti sukan” adalah gramatis. “aktiviti” dalam frasa tersebut sudah mewakili fungsi jamak kata ganda “aktiviti-aktiviti”.

Lain-lain14.03.2022
Salam, kata "berkaitan" atau "berkenaan" harus diikuti dengan kata "dengan." Betul?

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 940 dan 1044, perkataan “berkaitan” dan “berkenaan” boleh diikuti kata sendi nama “dengan” atau tidak, bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat, seperti contoh ayat yang berikut:

berkaitan:
  i.        Secara umum cerpen jenis korporat ialah cerpen yang membincangkan atau menceritakan tentang atau “berkaitan dengan”                    syarikat atau perbadanan.
  ii.       Pelbagai kursus yang “berkaitan” akan diperkenalkan di pusat itu.

 

berkenaan:
  i.       “Berkenaan dengan” tawaran tersebut, anda diberikan masa satu minggu untuk memikirkannya.
  ii.        Tuntutan yang “berkenaan” harta sepencarian boleh dibuat oleh isteri yang diceraikan.

Tatabahasa22.10.2024
Assalamualaikum PRPM DBP.. nama saya asiah yg sedang buat master berkaitan ar-rahnu saya nak mohon sedikit pandangan tuan yang bijaksana berkaitan kaedah penggunaan ar-rahnu yang betul dalam ayat misalnya : kajian ini dilakukan berlandaskan tiga permasalahan utama berkaitan strategi pengurusan dan tadbir urus penyedia perkhidmatan ar-rahnu di Malaysia. adakah penggunaan terma ar rahnu ditengah-tengah ayat tepat sebagaimana di atas iaitu ar-rahnu ataupun lebih tepat Ar-Rahnu ataupun lebih tepat ar-Rahnu mohon jasa baik pihak PRPM untuk memberikan maklum balas segera pada persoalan saya di atas jazakumullahu khairan jazaPerkataan al-rahnu ialah kata nama umum, iaitu prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam. Sekiranya digunakan di tengah-tengah ayat, boleh dieja "ar-rahnu"Ejaan04.04.2017
12345678910...

Kembali ke atas