Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Lelaki yang kaki panjang itu abang saya. (b) Lelaki yang kakinya panjang itu abang saya. (c) Lelaki yang berkaki panjang itu abang saya. | Ayat yang tepat dan gramtis: Lelaki yang berkaki panjang itu abang saya. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
mohon pencerahan maksud bangku ialah tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. Jika gambar yang dilampirkan bersama ini dinamakan bangku atau kerusi? sekian, terima kasih | Gambar yang dipaparkan ialah kerusi. | Makna | 25.06.2014 |
mohon pencerahan maksud bangku ialah tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. Jika gambar yang dilampirkan bersama ini dinamakan bangku atau kerusi? sekian, terima kasih | Gambar yang dipaparkan ialah kerusi kerana dalam kamus maksud bangku ialah temput duduk yang biasanya tiada tempat bersandar dan tempat meletak tangan. | Makna | 25.06.2014 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Bolehkah tuan cadangkan terjemahan bagi istilah 'Pedestal Mounted Place Robot'? Sekian, terima kasih. | Cadangan kami, Pedestal Mounted Place Robot - Robot Setempat Berkaki
| Penyemakan dan penterjemahan | 31.12.2015 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah cadangan terjemahan bagi istilah 'Base Mounted Place Robot'? Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan ialah Robot Setempat Berdasar atau Robot Setempat Berkaki. | Istilah | 31.12.2015 |
Adakan kuda-kuda mempunyai maksud sebagai "banyak kuda" | “Kuda-kuda” bukan bermaksud “banyak kuda” tetapi bermaksud 1. Alat berkaki tiga, biasanya digunakan untuk meletakkan papan hitam, kanvas lukisan, bingkai gambar dan sebagainya. 2. Kayu penyangga untuk menahan bumbung rumah. 3. Bahagian senapang atau pistol yang meledakkan peluru. 4. Penyangga tali pada alat bunyi-bunyian. Untuk maksud “banyak kuda”, kata nama “kuda” boleh digabungkan dengan kata bilangan tentu atau kata bilangan tidak tentu dan penjodoh bilangan contohnya, “sepuluh ekor kuda”, “beberapa ekor kuda” dan sebagainya. | Tatabahasa | 11.02.2022 |
Saya Arnan bin sulaiman belajar Bahasa Melayu dasar , Universiti fatoni ingin bertanya: apakah makna " calana" dalam Bahasa Melayu terima kasih | Tiada perkataan "calana" dalam data kami. Walau bagaimanapun, perkataan yang paling hampir dengan "calana" ialah "celana" yang bermaksud sejenis pakaian berkaki yang dipakai dari pinggang ke bawah, contohnya seluar. | Makna | 03.11.2015 |
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara | 1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1) Standoff (alat seperti sesendal) 2) Diamond Turned Dome 3) Frangible Dome 4) Pedestal Mounted Place Robot 5) Rectilinear Welding Robot Bantuan daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih. Sri | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Standoff - Sesendal 2. Diamond Turned Dome - Kubah Pusing Intan 3. Frangible Dome - Kubah Repas 4. Pedestal Mounted Place Robot - Robot Setempat Berkaki 5. Rectilinear Welding Robot - Robot Kimpalan Rektilinear | Istilah | 05.12.2015 |
Helo, Selamat Petang. Rumah saya baru-baru ini telah berlaku dimana Hama ( nama ini kawan yang beritahu ) menyerang. Saya rasa mungkin disebabkan oleh burung yang bawa hama. Saya telah cuba cari perkataan "hama" di internet. Namun semuanya kurang menyakinkan. Bolehkah tuan / puan tolong kongsikan apa itu hama? Apakah nama ingeris untuk hama? Dengan ini, saya boleh dapat lebih banyak infomas. Harap maaf sekiranya menganggu. Sekian Terima kasih. | Hama ialah:1. penyakit, kuman yang menyebabkan penyakit; 2. kutu yang terdapat pada bulu atau pada tubuh ayam; dan 3. haiwan perosak yang seni (kecil), berbentuk leper, berkaki lapan dan berwarna merah. Hama dalam bahasa Inggeris ialah mite. Untuk maklumat lanjut tentang perkataan hama atau perkatan-perkataan lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 04.05.2011 |