Assalamualaikum. Pertanyaan saya. 1.Bagaimana ingin menyumbang karya atau penulisan kearah mana perlu dituju. 2. bagaimana Panduan penulisan yang baik 3. adakah dengan berkarya boleh menambahkan pendapatan saya. bagaimana? 4. saya bukanlah seorang mahir untuk berkarya cuma ada idea-idea kecil untuk sumbangan kearah kebaikkan. | Terima kasih atas pertanyaan Sdr. Sdr boleh menghantar karya Sdr kepada: Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan maklumat tentang diri Sdr untuk memudahkan pihak kami menghubungi Sdr semula. Sdr boleh merujuk buku-buku yang diterbitkan untuk mendapatkan maklumat panduan penulisan yang baik. Perkara ini bergantung pada bidang penulisan, peringkat pembaca, jenis penulisan dan sebagainya. Bergantung pada bahan tulisan Sdr. dari segi mutu penulisan, sasaran pembaca, persembahan dan pendekatan, dan pelbagai faktor lagi. Mudah-mudahan Sdr berjaya.
| Lain-lain | 19.04.2011 |
saya seorang yang suka berkarya tetapi tidak berani menunjukkan bakat yang saya miliki...soalan,bagaimana saya boleh memberanikan diri untuk berdepan dengan pengkarya seperti saya ini????? | Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada saudari kerana mempunyai keberanian untuk bertanya tentang bakat dan potensi diri kepada pihak kami. Sebagai seorang manusia, setiap daripada kita mempunyai bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap hamba-Nya untuk kita melalui perjalanan hidup ini di muka buminya. Justeru, seseorang itu harus mencari dan meneroka bakat ada ada pada diri sehingga seseorang itu tahu bahawa itulah potensi dirinya yang sebenar dan seterusnya memberikan fokus kepada bakat tersebut. bakat yang dimaksudkan di sini ialah pelbagai jenis kemahiran semula jadi seperti memasak, bertukang, menjahit, dan termasuklah menulis atau mengarang. Memang semua perkara tersebut boleh dipelajari, namun bakat semula yang ada pada seseorang itu akan menjadi sesebuah hasil itu lebih baik dan tinggi mutunya. Persoalan di sini sekarang ialah saudari merasakan diri seorang mempunyai bakat dan saudari juga telah menulis, tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah ketidak beranian saudari untuk menonjolkan karya saudari itu di khalayak ramai atau pembaca. Bagi kami, langkah pemula yang harus saudari ambil ialah yakin bahawa saudari harus menghantar karya saudari itu kepada mana-mana pihak penerbit. Langkah kedua, saudari boleh menyertai mana-mana bengkel penulis atau kursus penulisan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Langkah ketiga, saudari boleh mengikuti mana-mana seminar yang berkaitan dengan kesusasteraan atau penulisan. Semua langkah yang diberi ini akan menambahkan keyakinan saudari terhadap diri sendiri dan bakat yang ada. Seterusnya, saudari juga harus berani bertemu atau menelefon mana-mana pihak penerbit untuk bertanya dan berbincang tentang karya yang saudari hasilkan itu sama ada sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Jika saudari tidak melakukan, bakat dan potensi diri saudari itu akan terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu saudari harus memulakan. Semua bergantung kepada diri saudari sendiri. Bagi pihak DBP, kami mencadangakan saudari merujuk laman web DBP untuk mengetahui bengkel, kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak kami. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.10.2009 |
Tuan, saya minat menulis dan berkarya, bagaimana caranya untuk saya memulakan bidang menulis karya di Dewan Bahasa dan Pustaka? Apakah yang sesuai untuk saya? Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan novel dan jenis apakah yang sesuai? Dan adakah DBP juga menerima cerpen, sajak, puisi, cereka dan lain-lain karya? Terima Kasih. | Sdr. boleh menghantar karya berdasarkan kepada minat sdr. (sama ada puisi, cerpen, novel dan lain-lain) kepada pihak DBP untuk tujuan penerbitan. Karya kreatif (puisi, cerpen dan rencana dan lain-lain) boleh dihantar kepada editor majalah terbitan DBP. Alamat boleh dirujuk pada setiap majalah yang berkaitan. Bagi manuskrip novel, sdr. boleh menghantar teks tersebut berserta disket kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekian. | Lain-lain | 12.01.2009 |
Saya berminat menulis dan menerbit buku-buku berasaskan suku kaum Rungus. Apa kah syarat-syarat nya? | DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. | Lain-lain | 15.09.2009 |
saya ingin menerbitkan buku untuk dijual kepada pelajar sekolah. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penerbitan DBP. Bolekah berurusan di pejabat DBP cawangan Sabah. | DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. | Lain-lain | 06.03.2009 |
Adakah boleh jika 'Dia' digunakan kepada seseorang tokoh/orang yang dihormati dalam penulisan sajak? Contoh: 1) Dia Mahathir. 2) Lahirnya Dia perwira bangsa sejati. | Dalam penulisan karya sastera ada satu elemen yang dinamakan "poetic license" atau "lesen berkarya" yang membenarkan pengarang memanipulasikan bahasa mengikut kreativiti mereka. Jadi penggunaan Dia untuk orang yang dihormati dalam sajak dibolehkan. | Istilah | 15.04.2014 |
Bermula pada tahun 1985, apabila sebuah puisi saya terbit dalam sebuah akhbar, saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif. 1) Adakah susunan ayat 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif' membawa apa-apa maksud dan difahami maksudnya? 2) Apakah maksud perkataan 'BERKREATIF' dan boleh digunakan dengan menggantikan sebagai "BERKARYA"? 3) Sekiranya saya mahu gantikan ayat di atas íaitu 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif', apakah ayat yang lebih sesuai untuk menggantikannya? | Ayat "saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif" tidak tepat. Ayat ini boleh dibaiki seperti : "saya berkira-kira sudah 30 tahun saya berkarya/menulis." | Karya | 31.05.2016 |
tuan, bidang mengkarya adalah salah, dan sepatutnya digantikan dengan apa? | Antara maksud bidang termasuklah bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dan sebagainya) yang tertentu, seperti bidang kejuruteraan awam dan bidang sejarah. Tidak ada kata terbitan mengkarya, yang ada ialah berkarya, perkaryaan dan pengkaryaan. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Saya ingin menerbitkan sebuah buku dalam Bahasa Dusun mengenai cerita legenda masyarakat Dusun Sabah tetapi tidak tahu cara-cara penerbitan buku. Bagaimana kah proses penerbitan dari mula sehingga buku siap untuk di pasarkan dan sila beritahu cara-cara pemasaran. Terimakasih. | DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. | Lain-lain | 28.02.2008 |
Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ | Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak DBP adalah seperti yang berikut: i. Terbit di majalah a) Dewasa/umum = RM 300.00/siaran b) Remaja = RM 200.00/siaran c) Kanak-kanak = RM 100.00/siaran ii. Jurnal = RM 300.00/siaran iii. Tabloid = RM 100.00/siaran Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam. | Lain-lain | 08.10.2008 |