Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.ta] | برکات

Definisi : mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluar­kan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.ta] | برکات

Definisi : mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Jong-jong muka pintu,
     Hendak belayar hutan seberang;
Jangan Mak Jah berkata begitu,
     Bunyinya malu di depan orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Bercakap memandang-mandang,
     silap lidah jiwa hilang.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya bagi penulisan riwayat hadis? Contoh: Ertinya: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata, daripada Ibn Juraij, beliau berkata, daripada al-Zuhri, beliau berkata, daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, Baginda menanggalkan cincinnya." Harap pihak tuan/puan perhatikan ketepatan setiap tanda baca yang saya gunakan. Terima kasih.Cara penulisan hadis yang betul:

Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata daripada Ibn Juraij, beliau berkata daripada al-Zuhri, beliau berkata daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, baginda menanggalkan cincinnya."
Tatabahasa21.11.2019
Mohon penjelasan: Dalam BM, apakah penggunaan tanda baca yang betul dalam tulisan berikut: Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, Kau harus bekerja di sawah." ATAU Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, 'Kau harus bekerja di sawah.'" ATAU Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata: Kau harus bekerja di sawah."Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, Kau harus bekerja di sawah."Ejaan14.02.2012
Selamat sejahtera. 1. Biasanya Bendahara atau Laksamana berkata dengan Sultan, kata ganti nama diri pertama ( patik ) dan KGND kedua ( tuanku ) digunakan. Soalan 1: Kalau sebaliknya, Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Soalan 2: Kalau sultan/raja berkata dengan kerabat raja yang lain seperti Permaisuri/ Sultanah, Putera, dan Puteri, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam Sejahtera. Penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) Pertama dan Kedua adalah seperti yang berikut:

1.  Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana:
   
i.  Beta (KGND Pertama)

ii.  Tuan Bendahara / Laksamana (KGND Kedua)

2. Sultan berkata dengan Permaisuri/Sultanah

i.  Kekanda (KGND Pertama)

ii. Adinda (KGND Kedua)

1.   Sultan berkata dengan Putera/Puteri

i. Ayahanda (KGND Pertama)

ii. Anakanda (KGND Kedua)

Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa18.06.2017
SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjamkan itu akan saya kembalikan nanti”. atau SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjam itu akan saya kembalikan nanti”. munsyi, yang manakah satu ayat sesuai digunakan? TKSongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku yang dipinjamkan kepada saya itu akan saya kembalikan nanti”.Tatabahasa09.03.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah perkataan 'Kekata' sudah mantap atapun digunakan dalam bahasa Melayu? Contoh ayat di bawah: "Kekata 'Himpunan atapun "Koleksi" tidak wajar digunakan sebagai permulaan tajuk buku." Sekian, Terima kasih.

Perkataan kekata tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, kata terbitan daripada perkataan kata:sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan. Kata ganda separa kekata tidak wujud.

Istilah16.05.2017
1. Tanda baca yang mana satu yang tepat: a) ".... kamu katakan itu." Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya. b) ".... kamu katakan itu," Encik Sarip berkata sambil menepuk tangannya.Jawapan yang betul ialah b.Ejaan22.08.2011
Tuan, Ayat cakap pindah di bawah adalah betul atau salah? 1. Dia berkata bahawa kulit muka yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita. Terima kasih.Bentuk ayat cakap pindah "Dia berkata bahawa kulit muka yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita" adalah betul.  Walau bagaimanapun puan tidak melampirkan contoh cakap ajuknya untuk kami padankan.Tatabahasa08.11.2016
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana.Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'."Ejaan20.09.2011
Adakah perkataan -nya boleh digabungkan dengan perkataan "seolah-olah"? Contoh ayat: Kalau kamu berkata begitu, seolah-olahnya kamu menuduh saya mencuri. Pada pendapat saya, dalam contoh ayat di atas, perkataan -nya itu adalah tidak diperlukan untuk menyampaikan maksud ayat kerana jika digugurkan perkataan -nya dalam ayat itu, ia masih menyampaikan maksud yang sama. Kalau kamu berkata begitu, SEOLAH-OLAH kamu menuduh saya mencuri. Untuk itu saya berpendapat perkataan seolah-olah tidak perlu sama sekali disertakan dengan -nya dalam mana-mana keadaan jua. Ia menjadi perkataan yang lewah dan berlebihan. Ia juga tidak menjadikan perkataan seolah-olah sebagai penegasan. Adakah betul pendapat saya?Antara fungsi -nya ialah sebagai kata tugas, iaitu penegas dalam ayat seperti dalam contoh ayat yang tuan berikan. Kata -nya perlu hadir untuk melengkapkan ayat tersebut. Untuk lebih jelas sila lihat contoh yang lain seperti sesungguhnya pemuda itu telah difitnah sebelum ini.Tatabahasa29.05.2020
"Mengapakah ______________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Jawapan : D diberi Saya rasa B juga betul sekiranya Datuk Penghulu ingin tahu apa yang yang dititahkan oleh Putera Zaid. Sultan berkata kita guna bertitah, bagaimana pula putera, puteri, permaisuri berkata guna bertitah atau tidak.Jawapan yang paling tepat ialah baginda kerana kata ganti nama tuanku digunakan apabila berkata-kata dengan raja sahaja. Titah khusus kepada raja atau sultan sahaja.Tatabahasa25.07.2012
12345678

Kembali ke atas