Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.ca.mu/] | برکچاموق

Definisi : 1. menjadi hebat (peperangan, perjuangan, dll), menghebat, menjadi-jadi, merajalela: ketika itu perang dunia sedang ~; 2. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan, dll), kacau-bilau: perasaannya ~, cemas, duka, gembira, dan sayu; berbagai-bagai ingatan ~ dlm kepalanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.ca.mu/] | برکچاموق

Definisi : 1 menjadi semakin hebat (bkn peperangan); menghebat: Saya dilahirkan ketika peperangan dunia sedang ~. 2 menjadi kucar-kacir atau kelam-kabut; tidak tenteram (fikiran dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecamuk
Kata Terbitan : berkecamuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Berkenaan Penjodoh Bilangan Saya telah menemui penggunaan penjodoh bilangan seperti berikut: 1)berhelai-helai baju bergantungan di dalam biliknya. 2)Sehelai demi sehelai kertas dibakar. 3)Helai-helai suratkhabar berkecamuk. Saya tidak pasti contoh-contoh tersebut dianggap mematuhi tatabahasah. Bolehkah penjodoh bilangan mengalami proses penggandaan seperti contoh-contoh tersebut? Terima kasih.Ayat satu dan dua adalah betul kerana perkataan helai boleh menjadi penjodoh bilangan dan boleh juga membawa maksudnya sendiri. Ayat ketiga kurang tepat penggunaannya.Tatabahasa28.06.2011

Kembali ke atas