Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.cen.de.ru.ngan] | برکچندروڠن

Definisi : menunjukkan atau mem­punyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkecenderungan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kajian yang dijalankan oleh Huat lebih berkecenderungan kepada/pada penulisan biografi Li Bai. Apakah kata sendi yang sesuai selepas "berkecenderungan" dalam konteks ini? Terima kasih.Dalam contoh ayat di atas, kata sendi bagi berkecenderungan lebih sesuai digunakan "pada".Tatabahasa05.03.2007
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih!

Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima.

Tatabahasa06.07.2020
Adakah penggunaan lagi dalam ayat di bawah betul? "Lagi melawan, lagi cepat mati." Skop ayat adalah terjemahan drama yang mempunyai ruang yang sedikit dan perlu sependek mungkin.Ayat “Lagi melawan, lagi cepat mati” boleh digunakan kerana ayat tersebut ialah dialog dalam drama dan dialog  merupakan bahasa percakapan yang tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan.Sastera07.09.2020
Salam. Saya ingin bertanya tentang pertama, keberadaan subjek dan predikat dalam ayat ini. Memandangkan ia ayat majmuk, adakah ayat ini mempunyai lebih daripada 1 subjek dan 1 predikat? "Tapi dia dan isterinya tidak pernah sembahyang maka itu Johan ke bilik belakang untuk menyempurnakan pesanan gurunya." Kedua, adakah ayat di bawah ini ayat songsang? "Johan pasti ke bilik Pak Kudus, orang tua yang menjadi tukang kebun rumahnya, fikir Ahmadi." Terima kasih.

Subjek dan predikat merupakan pola bagi pembentukan ayat dasar. Contohnya, Encik Ahmad guru sekolah. Encik Ahmad merupakan subjek dan guru sekolah ialah predikat. Manakala ayat majmuk pula ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contohnya Johan dan isterinya tidak pernah sembahyang maka dia pun pergi ke bilik belakang untuk menyempurnakan pesanan gurunya. Dalam contoh tersebut, terdapat 3 ayat tunggal yang digabungkan menjadi satu ayat.

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 250-254 dan 497-522.

Ayat kedua ialah dialog dalam karya sama ada cerpen atau novel. Dalam dialog, penulis biasanya berkecenderungan menggunakan bahasa percakapan seharian. Sedangkan ayat songsang pula merupakan ayat terbalik atau songsang, iaitu predikat mendahului subjek. Contoh ayat songsang, Comel kucing itu. Perkataan comel merupakan predikat dan kucing itu ialah subjek.

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 457-458.

Tatabahasa30.09.2021

Kembali ke atas