Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.cim.pung] | برکچيمڤوڠ

Definisi : 1. bermain dlm air sambil menepuk-nepuknya (hingga berbunyi); 2. menceburkan diri dlm sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dlm sesuatu la­pangan (usaha dll): sudah lama beliau ~ dlm lapangan drama dan persuratan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.cim.pung] | برکچيمڤوڠ

Definisi : 1 bermain-main di dlm air sambil menepuk-nepuknya. 2 memasuki sesuatu pergerakan (lapangan politik, sukan dll); bergiat dlm sesuatu lapangan: Sudah lama beliau ~ dlm lapangan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecimpung (kata kerja)
1. Bersinonim dengan ketimbung: kecepung, kecupak,

2. Bersinonim dengan cebur: giat, masuk, serta,

Kata Terbitan : berkecimpung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan berkecimpung. Adakah sesuai untuk digunakan dalam ayat ini: Dia berkecimpung dalam kerja-kerja jenayah sejak tiga tahun lepas. atau Dia terjebak dalam kerja-kerja jenayah sejak tiga tahun lepas. Terima kasihMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud berkecimpung ialah bermain-main di dalam air sambil menepuk-nepuknya atau memasuki sesuatu pergerakan (lapangan politik, sukan dan lain-lain). Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan perkataan berkecimpung boleh digunakan dalam ayat tersebut.Makna29.04.2019
Adakah ayat di bawah betul: 1. Ahmad sudah berkecimpung dalam industri persijilan (pencetakan dan perekabentukan sijil) sejak tahun 2000. 2. Pengetua sekolah tersebut menyijilkan/mensijilkan pelajar - pelajar yang memenengai pertandingan tersebut.
Ayat yang betul ialah Ahmad sudah berkecimpung dalam industri persijilan sejak 2000.
Lain-lain24.03.2018
SAYA BEGITU BERMINAT DI DALAM BIDANG PENULISAN, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK BERKECIMPUNG DI DALAM BIDANG INI? APAKAH KARYA YANG SESUAI UNTUK PENULIS BARU? SAYA PERLUKAN PANDUAN UNTUK MENULIS MANUSKRIP, DAPATKAH ANDA BANTU? TERIMA KASIH.

Salam. Tahniah dan selamat datang ke dunia penulisan untuk menjadi penulis yang berjaya. Antara syarat utama untuk menjadi seorang penulis ialah minat (jujur dan ikhlas), rajin membaca (buku, majalah, akhbar dan lain-lain) dan meneliti karya penulis lain yang berjaya, rajin berkarya (dan menghantar kepada penerbit), mengikuti kursus penulisan, menghadiri program/majlis sastera serta bergaul/berinteraksi dengan kaum penulis.

Dalam hal ini, sdr digalakkan menjadi ahli persatuan penulis di daerah atau negeri tempat tinggal sdr. Kebiasaanya, persatuan penulis ada menganjurkan kursus-kursus penulisan dalam pelbagai genre iaitu puisi, cerpen, novel, drama, rencana dan esei/kritikan. Sdr. boleh pilih berdasarkan kepada minat dan kecenderungan sdr.  Melalui persatuan juga pasti sdr. memperoleh motivasi untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.

Akhirnya, jadikanlah kerjaya dalam bidang penulisan sebagai satu ibadah kepada Allah. Selamat berjaya menjadi penulis yang berwibawa! Wassalam.

Lain-lain23.07.2009
Assalamualaikum/salam sejahtera Saya ingin memastikan ejaan perkataan OPTISIANRI (English- opticianry). Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat saya yang berkecimpung dalam bidang ini mengatakan bahawa ejaan BM yang sebenar ialah OPTICIANRI. Walau bagaimanapun setelah menyemak melalui Karyanet saya mendapati ejaan yang diberikan ialah OPTISIANRI. Oleh itu, bolehkan pihak tuan memberikan ejaan yang sebenar untuk terjemahan opticianry? Terima kasih. Syahidathul Irma Binti DzulkifliEjaan yang betul ialah optisianri.Ejaan05.08.2009
adakah perkataan bidang dan pengkhususan mempunyai sama maksud?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bidang ialah kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan. Manakala pengkhususan pula ialah perihal menjurus dlm sesuatu bidang. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna seuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman sesawang DBP dan taip perkataan yang ingin diketahui makna di petak carian kata.

Makna14.04.2009
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan

Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam
  • Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll).
  • Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan.

    Makna06.04.2009
    saya berminat untuk terlibat dengan bidang penulisan dan sedang mencari satu medium untuk mempelajari dan mendalami bidang ini. adakah dewan bahasa dan pustaka ada menyediakan kursus penulisan untuk mereka yang baru berkecimpung dengan bidang penulisan?Untuk meninjau peluang kursus penulisan yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Pn Hajah Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran (e-mel: aisah@dbp .gov.my) atau layari laman rasmi DBP dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pemakluman terkini.Lain-lain10.11.2011
    Perkataan menghadi ulung. Adakah frasa ini boleh digunapakai?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami, perkataan “menghadi” merupakan dialek Kedah dan Pulau Pinang yang membawa maksud memukul atau menyebat. Manakala “ulung” pula bermaksud, telah lama berkecimpung dalam sesuatu bidang, berpengalaman, cekap, terbaik, banyak tipu muslihatnya, licin, mula-mula sekali dan sulung. Sehubungan dengan itu, jika dilihat pada maksud tersebut, frasa “menghadi ulung” tidak boleh digunakan. Walau bagaimanapun, kami mohon tuan menjelaskan dari mana tuan memperoleh perkataan tersebut dan konteks penggunaannya supaya kami boleh mendapatkan maklumat yang lebih jelas.Lain-lain23.09.2019
    apakah maksud kecimpung dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayatPerkataan kecimpung mempunyai dua makna iaitu 1. bunyi air ditepuk-tepuk (contoh ayat: Ali  bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya hingga berbunyi kecimpung.); 2. menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dalam sesuatu la­pangan (usaha dll) (contoh ayat: Sudah lama beliau berkecimpung dlm lapangan drama dan persuratan.)Makna10.01.2013
    Tuan,mohon jawapan tuan adakah penggunaan di bawah konteks ini betul.ini konteks yang sediakan kepada cikgu saya.saya mahu penggunaan bahasa ini betul kerana itulah jasa saya kepada cikgu.tolong. Bahasa melayu kaya dengan ayat dan imbuhan.pada masa yang sama,penutur bahasa melayu menggunakan keindahan bahasa secara betul ia kerana itulah pengorbanan mereke pada bahasa Melayu.Syahadan saya juga menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu suguz yang berjaya berkecimpung bidang perguruan selama-lamanya sehingga 20 tahun habis dengan pengalaman manis adapun sebarang peristiwa pahit kata orang tua-tua tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.Saya juga berharap bahawa,anda sudah memanfaatkan cetusan ilmu sebaik-baiknya dibekalkan kepada sebanyak 100 000 pelajar yang hendak belajar kepada cikgu.jutaan terima kasih yang kehormat cikgu suguz.

    Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Penutur bahasa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu  Suguz atas jasa dan bakti dalam mencurahkan ilmu kepada saya. Cikgu Suguz yang telah berkecimpung dalam bidang perguruan selama 20 tahun telah  mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan seperti  kata orang tua-tua, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.  Saya amat menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu. Saya juga berharap, pelajar-pelajar lain juga mendapat manfaat sebaik-baiknya. Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Cikgu Suguz.

    Tatabahasa20.06.2018
    12

    Kembali ke atas