Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.cua.li] | برکچوالي

Definisi : 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.cua.li] | برکچوالي

Definisi : 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.apakah cabaran bahasa malayu dalam era globalisasi ? . 2.wajarkah bahasa melatu di politikkan ? 3. apakah tindakan dbp dalam menjadi jabatan yang telus dari unsur yang mengganggu gugat status yang bebas (badan berkecuali). 4.kenapa bahasa melayu sukar untuk bersaing di peringkat global?1. Cabaran BM dalam era globalisasi antaranya penggunaan BI yg berleluasa, pengaruh media asing termasuk cetak dan elektronik, budaya luar yg sedikit sebanyak menggugat budaya tempatan dsbnya. 2. Soalan sdr agak sinikal, tetapi politik yg bagaimana sdr maksudkan?3. Soalan sdr agak kabur, tetapi dalam banyak hal DBP bertindak rasional dan terarah. 4. Dlm keadaan sekarang bahasa Inggeris lebih diutamakan sebagai bahasa ekonomi global. Untuk bersaing agak sukar, tetapi dalam waktu yg sama kita berusaha utk menjadikan BM sebagai bahasa di peringkat dunia. T kasih.Lain-lain15.09.2008

Kembali ke atas