Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.las] | برکلس

Definisi : termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.las] | برکلس

Definisi : termasuk dlm kelas, golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu: Terdapat jurang yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkelas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud dan contoh ayat bagi perkataan ex-gratia?

Kata ex gratia bermaksud (berkenaan dengan bayaran) diberikan atau dibuat sebagai suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang. 

Kata ini digunakan dalam bidang undang-undang dan berkelas kata adjektif.

Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 588).

Makna26.12.2023
Menurut Tatabahasa Dewan, "mengenai" ialah kata kerja yang tidak boleh digunakan sebagai kata sendi nama. Namun dalam Kamus Dewan Perdana, "mengenai" diberikan pengelasan kata sendi nama, mengapakah terdapat percanggahan?Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008; 278) kata kerja "mengenai" disamakan dengan "tentang" yang berfungsi sebagai kata sendi nama. Pada halaman 402 pula dalam naskhah yang sama menyatakan bahawa unsur keterangan hal dalam frasa kerja, terdiri daripada kata sendi nama ialah tentang, mengenai dan terhadap. Pada halaman xxxvii pula menyatakan kata kerja mengenai yang bertugas sebagai kata sendi nama dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama tentang.

Maka, perakaman kata terbitan mengenai dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1044) tidak bercanggah dengan Tatabahasa Dewan. Pemecahan makna adalah mengikut fungsi kata tersebut dalam penggunaannya dan kelas/golongan kata kerja juga dirakamkan mengikut konteks dan contoh penggunaan kata tersebut. Selain daripada berfungsi sebagai kata sendi nama, kata mengenai diberikan lima pecahan makna yang berkelas kata kata kerja transitif berserta maklumat kata pasifnya.
Tatabahasa19.06.2023
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut:
salam1
سلام

kata nama
1
ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb:
Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya.
2
tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah:
Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya.
3
ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat;
4
digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll:
Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan.

kata adjektif

5
aman damai atau sejahtera:
suasana yg salam;

salam kaut, salam keruk
bahasa basahan
perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin:
Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

salam takzim
ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak:
Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini.

2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain.

3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya.

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
44. Aduh, sakitnya kakiku!
45. Cis, terimalah tikamanku!
46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru.

5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Makna02.08.2022

Kembali ke atas