Salam, Mohon penjelasan daripada pihak Tuan berkenaan: 1. Salinan ketiga = peniga 2. Salinan keempat = pengempat (Contoh pengunaan resit rasmi) Adakah pengunaan bahasa tersebut adalah betul? Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih | Peniga ialah padanan perkataan triplicate dalam bahasa Melayu, walau bagaimanpun tidak ada perkataan pengempat dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 25.11.2011 |
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih. | i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya: 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 1.1...................... 1.2........................ 2. Laporan Perkara Berbangkit 2.1.............................. 2.2................................ iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan. | Tatabahasa | 22.02.2010 |
apakah maksud domestik? | Perkataan domestik bermaksud: 1. berkenaan dengan hal (urusan dll.) dalam negeri. 2. Berkenaan dengan kegiatan rumah tangga. | Makna | 30.01.2013 |
Apakah perbezaan proaktif dan produktif ? Contoh soalan: Saya akan jadikan pagi ini pagi yang (proaktif/produktif). | Merujuk kamus terbitan terkini DBP, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): proaktif adj 1 (berkenaan dengan langkah, tindakan, fikiran dsb) jauh ke hadapan dan lebih baik drp jangkaan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb dgn cekap dan berkesan: Kerajaan negeri sudah merangka langkah proaktif bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup rakyat.Cara didikan anak-anak haruslah lebih proaktif, sesuai dgn perkembangan zaman. 2 (berkenaan dengan seseorang) mampu berfikir dan bertindak pantas serta jauh ke hadapan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb: Hanya ketua eksekutif yg benar-benar proaktif dan berwawasan berani membuat perubahan supaya syarikat lebih berdaya maju.Bank perlu lebih proaktif dlm mengambil langkah utk meningkatkan kepercayaan pelanggan mereka. produktif adj 1 (berkenaan dengan seseorang) berupaya atau mampu mengeluarkan hasil yg banyak atau menguntungkan: Golongan peniaga hendaklah lebih produktif dan mencari kaedah pemasaran yg lebih berkesan. Penulis perlu lebih produktif dan kreatif dlm berkarya. 2 (berkenaan dengan sesuatu) berkesan, bermanfaat dsb ke arah menghasilkan sst yg baik, berkualiti dsb: Kursus ini bertujuan utk melahirkan gaya hidup yg sihat dan produktif.Minggu ini merupakan minggu yg produktif. Farooq menyifatkan rundingan itu amat produktif kerana pelbagai syor yg berbeza dibincangkan. 3 (berkenaan dengan wanita, tanaman dsb) berupaya melahirkan anak atau membiak: Dia masih produktif dan telah melahirkan anak yg kelima dlm usia 40-an. Penggunaan dan pemilihan kata adalah bergantung kepada maksud dan konteksnya. Maka, Saya akan menjadikan pagi ini pagi yang produktif. | Makna | 04.06.2023 |
Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'. | Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang. | Lain-lain | 15.03.2019 |
Salam sejahtera, saya menghadapi beberapa kekeliruan; 1. Berkenaan ucapan salam terutamanya pada waktu tengah hari, petang dan malam. Sila rujuk keterangan di bawah. a) 12.00- 12.59 minit tengah hari - "selamat tengah hari" b) 1.00- 6.59 petang - "selamat petang" c) 7.00 - 12.00 - "selamat malam"(Bahasa Inggeris disebut Good Evening" d) 12.01 - 11.59 pagi - "selamat pagi" Adakah keterangan di atas benar atau sebaliknya. Tolong jelaskan. 2. Tolong berikan jawapan untuk soalan ini, Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. Amat terindah B. Sungguh amat indah C. Amat sungguh terindah D. Sungguh amat terindah Soalan tentang tajuk ini pernah saya kemukakan sebelum ini namun saya masih lagi keliru. Sekian, terima kasih. | Saudara, Menurut maklumat yang dikemukakan bagi (a) ucapannya ialah "selamat tengah hari", (b) ucapannya ialah "selamat petang", (c) ucapannya ialah "selamat malam" dan (d) ucapannya ialah "selamat pagi". Kata amat, sangat dan sungguh merupakan kata penguat bebas yang letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam hal ini salah satu kata sudah memadai digunakan dalam ayat. Contohnya, sungguh indah; amat indah. Awalan "ter-" ialah penanda darjah penghabisan dan digabungkan dengan kata penguat bebas . Contohnya, teramat indah; tersangat indah. | Tatabahasa | 28.11.2010 |
Soalan adalah berkenaan tajuk mesyuarat berikut: 1. Mesyuarat Bagi Membincangkan Isu xxxxx ...... 2. Mesyuarat Berkenaan Isu xxxxx .... Tajuk mesyuarat yang manakah sesuai? 1 atau 2 di atas? | Biasanya tajuk ditulis dalam bentuk kata nama, seperti Mesyuarat Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Kalangan Pelajar. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan sesuatu isu, maka tajuk mesyuarat terus fokus kepada isu berkenaan. | Tatabahasa | 27.10.2021 |
Reda atau redha? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837): reda رضا kata kerja tak transitif 1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu: Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil. kata nama 2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang: Dia berusaha mencapai reda Allah. Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya. | Ejaan | 03.08.2023 |
Adakah ayat ini betul untuk penggunaan perkataan "di antara". Adakah ayat ini betul? Isikan tempat kosong pada jadual 1 berkenaan perbezaan di antara sistem gelung terbuka dan tertutup. | Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. Ayat yang betul ialah "Perbezaan antara sistem gelung terbuka dengan gelung tertutup". | Tatabahasa | 30.10.2022 |
1.Mohon pencerahan berkenaan perkataan kata penghubung/ kata keterangan yang tepat: Bagaimanapun atau Walau bagaimanapun atau kedua - dua boleh? 2. Mohon pencerahan penggunaan kata penghubung yang tepat: Kursus berkenaan diaddakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021 atau Bagaimana? Sekian, terima kasih. | Kata hubung "bagaimanapun" dan "walau bagaimanapun", kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. Kedua-dua kata hubung "dari" dan "pada" boleh digunakan mengikut konteks ayat contohnya, Kursus berkenaan akan/telah diadakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021. | Tatabahasa | 04.05.2021 |