Adakah perkataan 'berkenan' sesuai digunakan dalam ayat di bawah? Sewaktu kita dalam keadaan panas baran, kita tidak akan berkenan dengan pujukan daripada sesiapa pun. | Berkenan bermaksud bersetuju di hati atau berasa gembira (puas hati atau senang hati) tetapi tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Pujukan lazimnya dikaitkan dengan terpengaruh ataupun termakan pujuk bukan berkenan atau bersetuju dengan pujukan. Panas baran juga ialah sifat dan bukan keadaan. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
Adakah perkataan 'berkenan' khas digunakan oleh raja, Tuhan atau mana-mana orang yang bermartabat sahaja? | Kata "berkenan" boleh digunakan oleh orang yang bergelar atau orang biasa namun ada sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Sila lihat contoh ayat yang berikut: Maka Sultan Mansor Shah pun berkenan mendengar bunyi surat itu; yang mana berkenan pada encik, ambillah ... | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Ayat yang mana lebih tepat? 1) Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. atau 2) Baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. Terima kasih. | Ayat satu lebih tepat. Baginda berkenan menghadiri Majlid Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat atau Baginda berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat | Lain-lain | 30.04.2018 |
Ayat yang manakah di bawah ini tepat? Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat ke Jabatan Buruh pada 6/9/2015. atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat Jabatan Buruh pada 6/9/2015. | Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat ke Jabatan Buruh pada 6/9/2015.". | Tatabahasa | 19.07.2016 |
salam sejahtera, sila beri tunjuk ajar berkenaan soalan di bawah, "........ berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung. jawapannya, A. Patik B. Tuanku C. Beta D. Beliau jawapan yang diberi ialah B. Tuanku tetapi, mengikut definasi Kamus Dewan, tuanku bermaksud, " yang mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti diri kedua bagi raja atau sultan." Pada pendapat saya, kata ganti diri ketiga patut diguna, yakni Baginda | "Tuanku berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung kerana tuanku ialah kata ganti nama diri ketiga dalam ayat tersebut. Pegawai istana - kata ganti nama diri pertama, Temenggung - kata ganti nama diri kedua dan Tuanku - kata ganti nama diri ketiga. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu. | Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal. Ayat 2: Betul Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia. Ayat 4: Betul Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". | Tatabahasa | 24.04.2019 |
Assalamualaikum. Tuan DBP saya ingin bertanya berkenan dengan istilah penggunaan nama cop di dalam jabatan saya yang bercampur dengan perkataan Bahasa Inggeris. Mohon jelaskan istilah yang sebenarnya. 1. Cop Crown 2. Cop Added 3. Cop Modified 4. Cop Deleted 5. Cop Open 6. Cop Repeat Mohon diberi makna jika ada setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Saya boleh dihubungi di talian 017-7267345. Sekian, terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. | Adakah cop yang tuan maksudkan ialah cap? Perkataan yang betul ialah cap, bukan cop yang banyak digunakan dalam urusan pejabat. Setiap kata tersebut boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang sempurna seperti cap mahkota/cap tajuk, cap tambahan, cap ubah suai, cap batal/cap hapus, cap buka dan cap ulang. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2015 |
saya wakil dr syarikat ecotech motorsport sdn bhd, tujuan saya mendpt kan pengesahan @ sijil dr pihak tuan berkenan papan iklan.. terima kasih | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 26.05.2015 |
Perbezaan antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia Sejarah perkembangan bahasa melayu di kedua-dua negera. Kerana saya sekarang di Beijing, bahan berkenan tidak cukup, bolehkah hantar sebanyak mungkin bahan berkenanan kepada saya. terima kasih banyak. | Saudari Amirah Beijing, Bersama-sama ini disertakan senarai buku yang berkaitan dengan tugasan pembelajaran saudari di BFSU Beijing. Oleh sebab kedudukan georafi sdri yang jauh, sdri dicadangkan menghubungi pegawai pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu, untuk mengadakan perbincangan tentang perolehan pinjaman atau penghantaran bahan secara digital. Pegawai Pustakawan tersebut ialah Encik Nik Aman Nik Yusof e-mel:aman@dbp.gov.my atau Encik Mohd. Hiezam Hashim e-mel: izammh@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih, Razali Che Mat Pegawai Komunikasi Korporat DBP razali3@dbp.gov.my Bahasa dan pemikiran Melayu / Indonesia menyongsong 2025 | [tiada pengarang] | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2007 |
Bentuk-bentuk kata bahasa Melayu dan Indonesia | Musa Daia | Pustaka Aman Press | 1974 |
Morfologi-sintaksis bahasa Melayu (Malaya) dan bahasa Indonesia: satu perbandingan pola | Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1968 |
| Lain-lain | 04.06.2008 |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |