bekerja atau berkerja? | Yang betul ialah bekerja. | Tatabahasa | 08.05.2007 |
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksir | Jawapan 1: Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu . Jawapan 2: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir" bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; | Tatabahasa | 27.03.2013 |
bekerja atau berkerja... kalau bekerja betul bermaksud bejalan betul...mohon penjelasan penggunaan imbuhan ini | Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. Huruf 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Ejaan yang betul bagi kata beR- jalan ialah "berjalan" iaitu kata kerja berawalan beR- bersifat tak transititif tanpa pelengkap. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 162 - 263. | Tatabahasa | 04.10.2017 |
mengapa perkataan bekerja tidak dieja sebagai berkerja? | Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. Huruf 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. | Tatabahasa | 29.06.2009 |
mengapa untuk perkataan bekerja tidak di eja berkerja | Encik Anas terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Ejaan bagi perkataan BEKERJA yang betul ialah BEKERJA bukan BERKERJA - suatu pengecualian dalam sistem ejaan bahasa Melayu - dieja mengikut cara ejaan dalam tulisan jawi yang tidak membunyikan huruf R | Tatabahasa | 16.08.2009 |
saya inginkan penjelasan tentang ejaan bekerja. Mengapa pekataan tersebut tidak dieja sebagai berkerja? Terima kasih. | Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. | Tatabahasa | 29.02.2008 |
Salam sejahtera, Saya petik teks di bawah ini daripada lelaman prpm@DBP. "Soalan saya inginkan penjelasan tentang ejaan bekerja. Mengapa pekataan tersebut tidak dieja sebagai berkerja? Terima kasih. Jawapan Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu." Soalan saya, mengapakah apabila perkataan serta diberi imbuhan "ber", ia menjadi berserta dan bukan beserta? Sekian, terima kasih. | Awalan ber- yang bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- (kerja, derma, serta),maka r dalam awalan ber- tidak gugur, walaupun terdapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. | Tatabahasa | 03.02.2009 |
1. apakah penggunaan perkataan 'dibawah' dalam ayat berikut perlu dijarakkan? contoh : i) secara umumnya peruntukan masa guru dalam melaksanakan tugas di sekolah masih dibawah tahap maksimum. ii) pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam secara umumnya, masih dibawah tahap gred purata kebangsaan. 2. adakah penggunaan perkataan berkerja sesuai digunakan dalam ayat berikut?; i) kajian mendapati bahawa guru-guru yang berkerja di sekolah awam lebih bersikap positif ii). Kini, 27% daripada guru di Australia terdiri daripada guru yang berkerja secara separuh masa. bagaimanakah saya dapat membezakan penggunaan perkataan berkerja dan bekerja dalam suatu ayat? | Dalam tatabahasa, ejaan yang betul ialah di bawah dan bekerja. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk ejaan dan makna perkataan. | Tatabahasa | 08.02.2017 |
Apakah perkataan yang betul "bekerja" atau "berkerja". | Ejaan yang betul ialah bekerja. | Ejaan | 20.01.2014 |
Mana yang tepat ayat berikut: 1. Saya bekerja / berkerja sebagai anggota polis. 2. Lawatan ke Air Terjun Madai / Air terjun madai 3. Kemaskini / kemas kini 4. Justeru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atau justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih. | Jawapan yang paling tepat seperti berikut: 1. Saya bekerja sebagai anggota polis 2. Lawatan ke Air Terjun Madai (nama tempat ialah kata nama khas) 3. Ejaan yang betul ialah kemas kini 4. Perkataan yang betul ialah justeru, bukan justeru itu | Tatabahasa | 04.08.2017 |