Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.tu/] | برکتوق

Definisi : berbunyi (bkn ayam yg baru ber­telur), berkotek; barang siapa yg ~ dialah yg bertelur prb orang yg berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yg telah melakukan perkara yg disindirkan itu; ~ di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.tu/] | برکتوق

Definisi : berbunyi spt bunyi ayam yg baru bertelur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berketuk

Peribahasa

Berketuk ayam dalam telur.

Bermaksud :

Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah kedua-dua ayam jantan dan ayam betina berkokok? 2. Apakah bunyi yang ayam betina hasilkan dipanggil? Terima kasihSalam sejahtera,

Kebiasaannya, hanya ayam jantan yang berkokok manakala ayam betina pula berketuk. Berketuk merujuk kepada bunyi ayam yang baru bertelur.

Terima kasih.
Lain-lain24.01.2018
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding.Tatabahasa30.07.2009

Kembali ke atas