apakah maksud intan tersalah canai? | Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum. | Lain-lain | 22.06.2008 |
isitilah chetti | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata "ceti" ;1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yg mengenakan bunga yg tinggi; ~ haram along; 2. orang India dr Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga). | Istilah | 12.03.2009 |
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama? | Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. | Makna | 21.06.2010 |
ASSALAMUALAIKUM. bARU-BARU INI RANCANGAN TELEVISYEN ASTRO PRIMA MENAYANGKAN DRAMA YANG BERTAJUK WADI UNUNG. APAKAH MAKSUD UNUNG ? PENCARIAN SAYA DALAM KAMUS DBP MASIH BELUM JUGA TEMUI MAKSUD UNUNG ITU . | Memang tidak ada maksud unung dalam sumber rujukan kami, dalam pusat rujukan persuratan Melayu hanya ada entri nung yang bermaksud gelaran untuk orang yang berketurunan raja di sebelah ibu. | Makna | 17.08.2009 |