Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kha.siat] | برخاصيت

Definisi : mengandungi (memberikan) khasiat: setengah-setengah jenis makanan lebih ~ drpd yg lain (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kha.siat] | برخاصيت

Definisi : ada khasiatnya: Setengah-setengah makanan lebih ~ drpd yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khasiat (kata nama)
Bersinonim dengan zat, faedah, guna, kebaikan, keistimewaan, manfaat;,
Kata Terbitan : berkhasiat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat / berkhasiat. Apakah bezanya? Berzat atau berkhasiat? 2. Murid itu melenting semasa guru sedang mengajar. Betulkah penggunaan perkataan melenting dalam ayat ini?

1. Berzat bermaksud mempunyai pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain), manakala berkhasiat bermaksud mengandungi kebaikan yang khas (dlm ubat, makanan dan sebagainya). Pada pandangan kami, untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat dan berkhasiat.

2. Melenting lazimnya diakitkan dengan makna kiasan, iaitu naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya). Oleh itu, perkataan melenting tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.

Tatabahasa16.11.2011
Assalamualailkum, Mohon kepastian mengenai ketepatan ayat dibawah yang akan dimasukkan dalam kad raya: Amalkan pemakanan berkhasiat demi kesihatan sekeluarga yang berpanjanganAmalkan pemakanan berkhasiat demi kesihatan sekeluarga yang berpanjangan, ayat ini betul.Tatabahasa09.06.2016
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih.Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan.

Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan".

Terima kasih.
Tatabahasa22.05.2017
kajian kurang tumpuan dalam kelas dan faktor kurang pengambilan makana berkhasiatKami tidak jelas apa yang tuan inginkanLain-lain18.02.2010
Adakah terjemahan berikut tepat? i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Menu Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Menu Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat Atau, bolehkah tuan/puan berikan cadangan terjemahan bagi yang di atas? Terima kasih.Cadangan terjemahan tuan telah disemak dan dibuat sedikit pindaan:
i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari
ii. All-Day-Breakfast - Sarapan Sepanjang Hari
iii. All-Day-Snacks - Snek Sepanjang Hari
iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat
Penyemakan dan penterjemahan09.03.2015
kita memerlukn makanan yang ________ berzat atau berkahsiat? munsyi, apakah jawaban yang lebih tepatKedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan mempunyai maksud yang hampir sama.
Walau bagaimanapun, yang elbih gramatis ialah berkhasiat.
Tatabahasa05.02.2012
Salam sejahtera, mohon berkongsi dengan kami tentang padanan "Superfood" dalam bahasa Melayu. "Superfood" yang membawa makna makanan yang teramat menyihatkan badan. Terima kasih.Tiada padanan  khusus perkataan  "Superfood" dalam bahasa Melayu. Cadangan perkataan yang sesuai  ialah "Makanan Berkhasiat" bagi menerangkan maksud makanan yang boleh menyihatkan badan.Lain-lain13.11.2017
Hi DBP, Bolehkah saya tanya soalan tentang kata Majmuk? Soalan ini kerja sekolah (Buku activiti BM tahun 3)anak saya. Adakah ayat bawah ini merupakan ayat Majmuk? 1. Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis. 2. Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa degan madu. * "dengan" dalam ayat ini ialah ks atau kh? Adakah "dengan" disini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan? 3. Bagi, Puan Sakina, sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarfanya. *Adakah "yang" di ayat ini merupakan kata hubung? Saya cuba mencari maklumat tentang soalan atas tetapi tidak dapat penjelasan yang jelas. Terima kasih! Regards, James NgAyat “Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis”. 2. “Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa dengan madu” bukan ayat majmuk. "dengan" dalam ayat ini ialah kata sendi. Ayat ini bukan ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh kata hubung pancangan keterangan ialah kalau, hingga, sementara, setelah, sewaktu, semasa, sungguhpun dan lain-lain ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga, muka surat 253) Frasa sendi nama dengan madu atau dengan sambal ikan bilis merupakan unsur keterangan kepada frasa nama madu dan ikan bilis. Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, dan bagi contoh ayat ini menunjukkan keterangan alat ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga )

3. "yang" dalam ayat "sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarganya" merupakan kata hubung pancangan relatif. 
Tatabahasa24.01.2019
maksud perkataan / perbezaan antara DAN dan ATAU

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dan ialah 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi, manakala atau bermaksud  1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah.

Istilah06.11.2009

Kembali ke atas