Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.bar] | برکيبر

Definisi : bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (bkn bendera dll): bendera Malaysia ~ di sana sini pd hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.bar] | برکيبر

Definisi : , berkibaran bergerak ke kiri ke kanan kerana ditiup angin dll (spt bendera): Bendera Malaysia ~ di tiap-tiap rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkibar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jalur Gemilang selalu berkibar di sekolah/udara/angkasa.Adakah jawapan ini betul?Jawapan yang paling baik antara tiga pilihan jawapan diberi ialah "di sekolah", namun ayat yang gramatis ialah "Jalur Gemilang selalu berkibar ditiup angin di hadapan sekolah".Tatabahasa05.07.2011
tuan Bendera-bendera yang dicacak di sepanjang jalan itu kelihatan berkibar-kibar megah bagaikan menyambut kedatangan para tetamu. tuan, adakah kesalahan dalam ayat ini?

Tiada kesalahan dalam ayat itu.

Tatabahasa13.08.2011
Mana satukah ayat yang betul? (a) Orang ramai mengibarkan bendera Malaysia sebaik-baik sahaja pelawat itu tiba. (b) Orang ramai mengibaskan bendera Malaysia sebaik-baik sahaja pelawat itu tiba.Penggunaan perkataan yang tepat ialah mengibarkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, mengibarkan bermaksud menaikkan (bendera dll) supaya berkibar: Pd hari itu, bendera dikibarkan di setiap rumah.Tatabahasa02.04.2014
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009

Kembali ke atas