Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.cau] | برکيچاو

Definisi : 1. berbunyi (bkn burung terutama burung murai): ayam biasa berkokok, murai biasa ~; 2. bercakap-cakap dgn sesuka hati (tidak tentu buah butirnya), berceloteh, me­ngoceh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.cau] | برکيچاو

Definisi : berbunyi spt bunyi burung murai: Ayam berkokok, murai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkicau

Peribahasa

Murai biasa berkicau.

Bermaksud :

Ahli dalam lapangannya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Burung-burung murai batu itu berkicau dengan riang sekali. Yang mana satukah ejaan yang betul? "murai batu" atau "Murai Batu" ? Mohon pencerahan, terima kasih.Ejaan yang betul ialah burung murai batu kerana merupakan kata nama am.Ejaan03.08.2020
Perkataan apakah yang sesuai untuk menerangkan bunyi burung helang?Kicau. Murai berkicau pada pagi hari.Lain-lain28.12.2016
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam puan,

Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek.

Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif.

Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas.
Tatabahasa25.01.2018

Kembali ke atas