Tuan, bagaimanakah perkataan "berkongsi" dan "mengongsi" digunakan dalam ayat? Apakah perbezaan antara "berkongsi" dengan "mengongsi"? Adakah "mengongsi" sama maksud dengan "berkongsi"? | | Makna | 11.12.2014 |
Ayat manakah yang betul : 1. Saya ingin berkongsi/ mengongsikan / mengongsi pengalaman saya dengan awak. 2. Saya ingin berkongsi/ mengongsikan/ mengongsi dengan awak sebuah cerita. | Ayat yang betul ialah: 1. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan awak; 2. Saya ingin berkongsi dengan awak sebuah cerita. | Tatabahasa | 01.12.2021 |
Saya akan mengongsikan pengetahuan saya berkaitan kokurikulum kepada orang lain. Adakah penggunaan 'mengongsikan' dalam ayat ini betul?. Terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah berkongsi, mengongsi dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah berkongsi. Saya akan berkongsi pengetahuan saya berkaitan kokurikulum kepada orang lain. | Tatabahasa | 04.01.2017 |
Salam sejahtera. Ayat mana satu yang betul? Ayat 1: Kita boleh berkongsi perasaan kepada ibu bapa. Ayat 2: Kita boleh berkongsi perasaan dengan ibu bapa. | Ayat yang betul ialah: Ayat 2: Kita boleh berkongsi perasaan dengan ibu bapa. | Tatabahasa | 18.06.2022 |
Adakah perkataan “berkongsi” merupakan kata kerja tak transitif? | Perkataan “berkongsi” merupakan kata kerja tak transitif (ktt). | Tatabahasa | 21.11.2022 |
Dewan Bahasa dan Pustaka, ayat di bawah yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? 1. Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah dengan ibunya. 2. Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya. Kata sendi nama "dengan" atau "kepada" lebih tepat digunakan? | Ayat yang betul ialah "Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah dengan ibunya". | Tatabahasa | 17.08.2014 |
kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita perolehi/memperoleh dengan orang lain. | Ayat yang betul ialah kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita peroleh daripada orang lain. | Tatabahasa | 03.05.2009 |
Hai, mohon rujuk gambar yg dilampirkan. Perkataan yg dicari adalah mengongsi, tetapi carian yang dapat adalah berkongsi, ...contoh ayat juga adalah berkongsi, bukan mengongsi | Untuk mendapatkan makna dan contoh ayat bagi perkataan "mengongsi", tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana, di bawah kata dasar "kongsi" pada halaman 1145. | Lain-lain | 15.01.2022 |
Ika SaniView Profile Actions THU 8:32PM Ika Sani Ika Saya ingin meminta penjelasan tentang perkataan mengongsi dan berkongsi. Apakah penggunaan yang betul? Saya pernah membaca ayat-ayat di bawah ini: 1) Sila hantarkan e-mel untuk mengongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Atau 2) Sila hantarkan e-mel untuk berkongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Mana satukah yang betul? Semoga dapat berikan penjelasan. Terima kasih. | Berkongsi antara maksudnya ialah berpakat atau bersama-sama menggunakan sesuatu. Mengongsi bermaksud menggunakan bersama-sama. Berdasarkan makna tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut, namun lazimnya perkataan berkongsi yang digunakan. | Tatabahasa | 21.04.2016 |
Baiki ayat di bawah jika ada. Bayangkan dunia tempat setiap satu manusia bebas berkongsi hasil kesemua pengetahuan. Itulah iltizam kami. | Ayat yang betul ialah: Bayangkan dunia sebagai tempat berkongsi ilmu pengetahuan sesama manusia. Itulah iltizam kami. | Tatabahasa | 07.12.2022 |