Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kor.ban] | برقربان

Definisi : 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kor.ban] | برقربان

Definisi : 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korban (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penyembelihan: pemberian, penyerahan,

2. Bersinonim dengan sasaran: mangsa

3. Bersinonim dengan pujaan: persembahan kepada dewa

Kata Terbitan : berkorban, mengorbankan, terkorban, pengorbanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah:
1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.
2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi.
Tatabahasa05.07.2013
Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'bagi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya untuk menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Kata sendi nama "demi" yang lebih tepat digunakan dalam konteks ayat-ayat tersebut. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 - 278.Tatabahasa22.05.2013
Salam, pembetulan bagi soalan yang diajukan semalam. Soalan yang sebenar ialah: "Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'demi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya demi menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Pandangan tuan betul, kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun perlu diingat kata "demi" juga boleh berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Dalam ayat contoh yang diberikan kata "demi" berfungsi sebagai kata keterangan.Tatabahasa23.05.2013
apakah maksud bumi dipijak langit dijunjungBumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan  akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat  tersebut.Makna15.03.2008
Penggunaan perkataan Dato' dan Datuk?.Untuk makluman tuan,sblum ini saya pernah berkhidmat di Pej Sultan Kelantan.Sememangnya kami amat mengutamaan Protokol dlm penggunaan perkataan/bahasa bg urusan surat menyurat dgn VVIP.Saya difahamkn,Darjah Kebesaran yg d'anugerahkan olh Sultan gelaranya adlah Dato' manakala anugerah dr Ketua Menteri spt Melaka & P/Pinang gelaranya adlah Datuk.Klu blh pihak tuan dpt membuat penyelarasan dengan pihak berkaitan dlm pengunaan gelaran/perkataan tersebut,memandangkan sumbangan/jasa perkhidmatan drpd penerima darjah adlah berbeza.Seseorang yg memberi sumbangan dgn sangup berkorban untuk negeri,rakyat dan negara perlu diangkat darjatnya berbanding dgn seseorg peniaga yg berjya dlm perniagaanya.Sekian,terima kasihUntuk makluman saudara kami maklum bahawa Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan seperti Pulau Pinang dan Sabah. Pihak kami amat mengambil berat penggunaan gelaran ini dalam semua urusan yang berkaitan dengan gelaran ini. Walau bagaimanapun pihak media menyelaraskan penggunaan kedua-dua gelaran ini kepada Datuk sahaja bagi mengelakkan kekeliruan/kesilapan dalam penggunaan gelaran tersebut bagi mengatasi keperluan kerja mereka yang mendesak dan segera. Penyelarasan penggunaan gelaran ini dalam kalangan media adalah di luar bidang kuasa DBP.Karya10.12.2010

Kembali ke atas