Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kuah] | برکواه

Definisi : dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kuah] | برکواه

Definisi : ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkuah

Puisi
 

Kalau kalah main terup,
     Makan buah mengupas kulit;
Berkuah sama menghirup,
     Bersambal sama mencolek.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berkuah air mata.

Bermaksud :

Selalu menderita susah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan Kari dan Gulai? Mana penggunaan yang betul?Gulai ialah masakan daging, ikan dan lain-lain yang berkuah, seperti gulai ayam dan gulai terung. Kari pula ialah gulai daging, ikan dan lain-lain yang dimasak dengan rempah, semestinya menggunakan rempah kari.Makna25.07.2024

Kembali ke atas