Ayat yang mana satu betul? Bolehkah perkataan"adalah" digunakan sebelum kata kerja "berkuat kuasa"? Mohon penjelasan. 1) Arahan ini adalah berkuat kuasa dengan serta merta. 2) Arahan ini berkuat kuasa dengan serta merta. | Ayat yang gramatis ialah "Arahan ini berkuat kuasa dengan serta-merta". | Tatabahasa | 03.05.2013 |
berkuat kuasa atau berkuatkuasa? | berkuat kuasa | Ejaan | 25.06.2013 |
berkuat kuasa atau berkuatkuasa | berkuat kuasa | Ejaan | 10.07.2013 |
berkuat kuasa mulai/pada | berkuat kuasa mulai/pada | Tatabahasa | 24.11.2008 |
1)praperkhidmatan 2)prauniversiti 3)berkuat kuasa | 1)praperkhidmatan 2)prauniversiti 3)berkuat kuasa | Ejaan | 01.11.2011 |
berkuat kuasa | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, berkuat kuasa bermaksud mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku. | Lain-lain | 02.03.2010 |
saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'dari'..sebagai contoh, .... telah menetapkan tempat tersebut berkuat kuasa mulai dari 3 mac 2008 atau telah menetapkan tempat tersebut berkuat kuasa mulai 3 mac 2008.. terima kasih.. | Yang betulnya ialah.....mulai 3 Mac.... | Tatabahasa | 21.10.2009 |
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih. | Contoh ayat: 1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok. 2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga 3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan. 4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan. 5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas. | Istilah | 22.06.2010 |
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa? | Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya: senarai hitam – disenaraihitamkan Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75. | Tatabahasa | 04.03.2024 |
Tuan/Puan, Perkataan 'berkuatkuasa' adakah dirapatkan atau dijarakkan? Terima kasih atas bantuan | Ejaan yang betul ialah berkuat kuasa. | Ejaan | 04.11.2014 |