Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkuatkuasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pandangan dan nasihat berhubung ayat berikut. "pembelian mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa" ATAU "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa". Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa".Tatabahasa29.06.2015
Penggunaan berkuatkuasa perlu jarak atau tidak? Contoh seperti di bawah: Modul ‘Sistem Bil dan Bayaran’ ini diperkenalkan bagi memudahkan Jabatan atau Agensi Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan bil dan membolehkan orang awam melakukan pembayaran secara atas talian yang akan berkuatkuasa pada bulan Julai tahun 2024.

Perkataan "berkuat kuasa" perlulah dieja dengan jarak.  Ayat yang betul ialah Modul 'Sistem Bil dan Bayaran' ini diperkenalkan bagi memudahkan jabatan atau agensi kerajaan negeri Selangor mengeluarkan bil dan membolehkan orang awam melakukan pembayaran secara dalam talian yang akan berkuat kuasa pada bulan Julai tahun 2024.

Ejaan30.05.2024
berkuat kuasa atau berkuatkuasa?berkuat kuasaEjaan25.06.2013
berkuat kuasa atau berkuatkuasaberkuat kuasaEjaan10.07.2013
Tuan/Puan, Perkataan 'berkuatkuasa' adakah dirapatkan atau dijarakkan? Terima kasih atas bantuanEjaan yang betul ialah berkuat kuasa.Ejaan04.11.2014
Ejaan yang betul untuk kuatkuasa, berkuatkuasa. Adakah satu perkataan atau diasingkan. terima kasihPerkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa.Ejaan11.12.2013
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantunganEjaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini.Ejaan15.10.2008
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa?

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

senarai hitam – disenaraihitamkan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75.

Tatabahasa04.03.2024
saya ingin bertanya, saya dalam proses permohonan iklan dan menunggu pengesahan bahasa dari pihak DBP, adakah pihak DBP telah berkuatkuasa pada tahun, bahasa melayu (wajib diletakkan pada papan iklan), jika saya ingin letak bahasa Inggeris juga wajib letak bahasa Melayu? adakah benar? ada surat pekekeling dikeluarkan? jika ada boleh beri kepada untuk rujukan. saya harap Tuan dapat beri maklum balas secepat mungkin. terima kasihMesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 2 Disember 2008 meluluskan "Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar" - "Penggunaan Bahasa Melayu hendaklah betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka". Penguatkuasaan hal ini melalui Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2009. Justeru, semua pihak harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan selagi permohonan tersebut tertakluk dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan04.08.2015
Apakah panduan yang boleh kita ikut bagi memastikan sesuatu perkataan itu ditulis secara jarak atau rapat. Misalnya dikenalpasti atau dikenal pasti, berkuatkuasa atau berkuat kuasa, kemas kini atau kemaskini dan sebagainya. Terima kasih.
Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian.
Ejaan08.11.2013
12

Kembali ke atas