Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.bu] | برکوبو

Definisi : 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bu] | برکوبو

Definisi : 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubu (kata nama)
1. Bersinonim dengan pagar: benteng, tembok,

2. Bersinonim dengan tempat bertahan: tempat berlindung, tempat bersembunyi,

Kata Terbitan : berkubu, mengubui, terkubu, perkubuan,

Peribahasa

Sudah kalah baru berkubu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara parit dengan longkang dari segi penggunaan?Kegunaan parit adalah untuk mengalirkan air ke luar atau longkang. Ia juga bermaksud lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dalam peperangan. Selain itu, parit juga digunakan sebagai tali air untuk mengairi sawah dan lain-lain. 

Longkang pula digunakan sebagai parit tempat mengalirkan air kotor. 
Lain-lain22.09.2021

Kembali ke atas