Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.bel] | برلابل

Definisi : mempunyai label: botol itu tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlabel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
encok berasal dari Bahasa JawaBenar, kata encok (enchok) berasal daripada bahasa Jawa jika merujuk A Malay-English Dictionary susunan R. J Wilkinson (1959). Namun, dalam kamus-kamus yang lain misalnya Kamus Bahasa Melayu susunan Sir Richard Winstedt (1960) berlabel In (Indonesia), Kamus Dewan (1970) berlabel Jk (Jakarta), Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadarminta (1986) tiada berlabelKamus Besar Bahasa Indonesia (dalam jaringan) berlabel Jk (Jakarta), Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) berlabel I (Indonesia) dan Kamus Dewan Perdana (2020) berlabel Jk (Jakarta).

Asal usul kata atau etimologi sesuatu kata (khususnya bahasa Melayu) sangat menarik untuk dikaji dan memerlukan kepakaran dan ketekunan dalam memperoleh maklumat yang tepat.
Lain-lain24.04.2023
Apakah kata nama yang sesuai untuk papan yang berlabel nama pokok di taman sains sekolah? Terima kasih.Soalan puan tidak jelas. Adakah puan maksudkan ‘papan tanda’?Lain-lain20.05.2014
dari mana asal usul perkataan tetek-bengek? adakah daripada negara indonesia?Dalam Kamus Bahasa Melayu (1960) susunan Sir Richard Winstedt terakam kata tetek-bengek berlabel Dj. yang bermaksud Jakarta. Kata tersebut juga telah terakam dalam Kamus Dewan (1970) hingga Kamus Dewan Perdana (2020)(tanpa label dan maklumat etimologi kata). Data korpus penggunaan kata ini membuktikan tetek-bengek telah lama digunakan dalam karya-karya berbahasa Melayu di negara kita. Lain-lain29.05.2024
Kenapa Kamus Dewan Perdana tidak memberi makna "kau" sebagai satu enklitik?Ya. Kamus Dewan Perdana hanya menyatakan bentuk kata "kau" ini daripada pangkasan kata "engkau" dan berlabel kata basahan. Maklumat tentang enklitik adalah bersifat teknikal dalam bahasa/linguistik. Namun, boleh dicadangkan kepada sidang editor kamus tersebut untuk menambah ilmu bahasa tentang bentuk kata sebegini secara keseluruhan.Tatabahasa21.04.2024
Kondangan berasal dari Bahasa Jawa. Tolong entri Kondangan ditandai sebagai Bahasa Jawa (Jw)Terima kasih atas maklumat ini. Pihak DBP akan menjalankan penelitian bagi kata ini,  yang asalnya berlabel JK (Jakarta).Lain-lain27.04.2023
Assalamualaikum, Mohon maklumat anggaran jumlah entri daripada sumber Dialek Perak yang dimuatkan dalam Kamus Dewan Perdana (2020), Anggaran sahaja.Terima kasih.Waalaikumussalam,

Anggaran entri berlabel dialek Perak dalam Kamus Dewan Perdana: 582 entri

Terima kasih. 
Lain-lain05.05.2024
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama

Sawah bendang,  pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama).

 

Lain-lain05.10.2009
Salam sejahtera! Saya difahamkan bahawa kependekan seperti IB, Id, Jk & Jw bermakna perkataan yang tertera di kamus adalah bahasa Indonesia. Adakah perkataan-perkataan ini dianggap sudah diterima di dalam tatabahasa bahasa Melayu atau masih dikategorikan sebagai bahasa Indonesia? Terima kasih!Perkataan berlabel IB, Id, Jk, Jw, bp tidak digunakan dalam konteks rasmi seperti dalam urusan kerajaan dan pendidikan. Kamus merakamkan penggunaan kata dalam kalangan masyarakat dan memberikan makna yang sepadan untuk pengetahuan pengguna. Untuk menggunakan perkataan yang baik dan betul khususnya dari aspek pembentukan kata hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain13.08.2020
Salam. Saya ingin bertanya tentang perkataan "santapan". Adakah perkataan ini boleh digunakan dalam majlis yang biasa-biasa dan tidak melibatkan majlis kerabat diraja? Contoh, dalam pertandingan syarahan peringkat zon, bolehkah saya gunakan santapan pagi?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020;1962) kata santap berlabel bahasa diraja. Bahasa diraja ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam kalangan keluarga diraja, golongan istana atau antara keluarga diraja dengan rakyat jelata. Bahasa istana bermaksud perhubungan kebahasaan yang mana sekurang-kurangnya salah satu pihak itu terdiri daripada keluarga diraja. Oleh sebab itu, kata santapan (kata terbitan daripada kata santap) sesuai digunakan dalam majlis yang dihadiri oleh keluarga diraja.

Bagi pertandingan syarahan peringkat zon misalnya, kata yang dicadangkan ialah sarapan atau minum pagi, jika tiada kehadiran kerabat diraja.
Makna04.06.2024
Proses "Pemuktamadan"
Pemuktamadan bermaksud perbuatan memuktamadkan keputusan, cadangan dan sebagainya (Kamus Dewan Perdana, 2020:1491). Oleh itu, perkataan pemuktamadan sesuai dan boleh digunakan dalam nama Bengkel Pemuktamadan Proses Bisnes bagi Jabatan sekiranya bengkel tersebut adalah bengkel terakhir. Namun, sekiranya bengkel pada peringkat awal, dicadangkan menggunakan perkataan penyediaan dan sekiranya bengkel peringkat pertengahan, boleh menggunakan perkataan pemurnian. Untuk makluman tuan juga, perkataan bisnes berlabel bahasa bahasan dan tidak sesuai digunakan dalam konteks rasmi. Boleh gunakan perkataan perniagaan bagi menggantikan perkataan bisnes.

Terima kasih. 
Makna01.10.2024
12

Kembali ke atas