Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ber.la.kon] | برلاکون

Definisi : 1. bermain atau berlagak dlm sandiwara (drama, wayang, dll), mengambil bahagian dlm sandiwara dll: saya mula ~ sejak saya di bangku sekolah lagi; dlm filem “Dia Ibuku”, Sarimah ~ sbg ibu; 2. ki berpura­pura menunjukkan sesuatu kelakuan, menunjukkan kelakuan yg bukan sifat se­benarnya: tak usahlah kau hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yg sebenarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.kon] | برلاکون

Definisi : 1 bermain atau berlagak spt dlm sandiwara (drama, filem dsb); mengambil bahagian dlm sandiwara dll: Dia ~ sbg ibu dlm drama itu. 2 berlagak atau berpura-pura menunjukkan kelakuan yg bukan tingkah lakunya yg sebenar: Janganlah ~ di depan saya kerana saya tahu siapa kamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya hendak tahu perbezaan antara dekon dan pentomin

Saudara Norhafizah,

Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon.  Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon.

Makna20.02.2010
perbezaan dekon dan pentomin

Kembali ke atas