Mohon dijelaskan manakah yang lebih gramatis: 1.Membersihkan kekotoran berlandaskan kepada ajaran Islam atau 2. Membersihkan kekotoran berlandaskan ajaran Islam. Terima kasih atas penjelasan. | Lebih gramatis - Membersihkan kekotoran berlandaskan kepada ajaran Islam. Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
taladan akhlak atau akhlak yang diteladani Contoh ayat: Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui teladan akhlak. | Ayat yang betul: 1. Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui teladan akhlak. 2. Norma kerja yang berlandaskan amalan nilai dapat direalisasikan apabila ketua dan penyelia menunjukkan kebertanggungjawaban dalam memimpin warga kerja mencapai aspirasi organisasi melalui akhlak yang diteladani. | Tatabahasa | 07.05.2025 |
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. Selepas perkataan destinasi di bawah perlu ditambah koma ataupun tidak. Terima kasih. Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam. | Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Saya ingin mencari translation LED Packaging yang berlandaskan saintifik/industri. Packaging yang dimakusdkan ada lah seperti rekabentuk package sesuatu komponen. Pembungkusan adalah translation yang tidak selari dengan maksud sebenar. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pakej LED. | Istilah | 20.06.2008 |
assalamualaikum. saya ingin bertanya tentang fungsi dan peranan jabatan bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih. | Jabatan Bahasa, DBP melaksanakan program perancangan bahasa berlandaskan dua komponen utama, iaitu pembinaan dan pengembangan bahasa dalam rangka memantapkan dan memperluas peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Assalamualaikum PRPM DBP.. nama saya asiah yg sedang buat master berkaitan ar-rahnu saya nak mohon sedikit pandangan tuan yang bijaksana berkaitan kaedah penggunaan ar-rahnu yang betul dalam ayat misalnya : kajian ini dilakukan berlandaskan tiga permasalahan utama berkaitan strategi pengurusan dan tadbir urus penyedia perkhidmatan ar-rahnu di Malaysia. adakah penggunaan terma ar rahnu ditengah-tengah ayat tepat sebagaimana di atas iaitu ar-rahnu ataupun lebih tepat Ar-Rahnu ataupun lebih tepat ar-Rahnu mohon jasa baik pihak PRPM untuk memberikan maklum balas segera pada persoalan saya di atas jazakumullahu khairan jaza | Perkataan al-rahnu ialah kata nama umum, iaitu prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam. Sekiranya digunakan di tengah-tengah ayat, boleh dieja "ar-rahnu" | Ejaan | 04.04.2017 |
Assalamualaiku Wbrt. Tuan Sukacita pihak tuan dapat menyatakan sama ada ayat d bawah betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Terima kasih. Daripada; Izani b. Hj. Daud | 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. Perkataan kebanjiran bermaksud dipenuhi oleh manusia tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 18.09.2012 |
Bagi nama program, perlukah dibuat begini: 1) Tanda petik tunggal 2) Nama program ditulis huruf besar pada setiap pangkal perkataan. Saya sudah mula membuat program hujung minggu seperti, 'Estim Diri', 'Estim Diri di dalam Bilik Darjah', 'Mencipta Kekayaan', dan 'Hidup Berlandaskan Prinsip Kejayaan'. | Tanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Estim Diri'." | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Assalamualaikum tuan DBP. saya ingin bertanya soalan. 1. Apabila kita mengatakan tentang akhlak perlu didasarkan dengan agama, ini bukan bermakna kita mengajak kearah subjektiviti akhlak yang sempit. Ayat yang betul : Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu didasari oleh agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda/kalian ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu berlandaskan agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. | Tatabahasa | 24.11.2020 |
Salam, saya adalah pelajar tahun akhir di UIAM,kampus Gombak.. Saya belajar dalam jurusan Bahasa Inggeris linguistik dan kesusateraan. saya amat berminat ingin mengetahui tentang skop pekerjaan di DBP. Jika diberi peluang, saya ingin mencari pengalaman bekerja di DBP setelah tamat belajar nanti.. | Sdr, Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan. Untuk pengetahuan sdr, DBP bergerak berlandaskan enam fungsi utama. Secara umumnya fungsi DBP bolehlah dirangkumkan sebagai berikut iaitu membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Dalam skop membina dan mengembangkan bahasa Melayu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya membuat penyelidikan bahasa, menggubal istilah dalam pelbagai bidang, menyusun kata (entri) sesebuah kamus, berceramah, menyediakan kursus bahasa, menerbitkan buku dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat pembaca dan sebagainya. Dimaklumkan kami di DBP juga membuka peluang kepada siswazah dalam jurusan bahasa Inggeris seperti sdr untuk berkhidmat di DBP. Sdr boleh memohon jawatan dalam skim perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 untuk dilantik sebagai Editor bagi buku berbahasa Inggeris, buku berbahasa Melayu, atau menjalankan aktiviti pembinaan/pengembangan bahasa atau sdr juga boleh memohon untuk berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41. | Lain-lain | 16.12.2009 |