"Double Boiler" ialah Periuk Berlapis. Jadi, apakah istilah yang boleh diterima untuk 'double boiled" atau 'double boiling"? Bolehkah "Dididih Berlapis/Bertindih" atau "Pendidihan Berlapis/Bertindih" diterima? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "double boiled" atau "double boiling" ialah didihan berlapis. | Istilah | 29.03.2017 |
Apakah itu peribahasa selapis dan peribahasa berlapis? | Untuk pengetahuan tuan/puan, tiada peribahasa selapis atau berlapis. Yang ada hanya ayat selapis dan ayat berlapis. | Makna | 06.09.2008 |
Saya nama Phichit Jehwae sedang belajar bahasa melayu dasar DBP! Ingin bertanya apakah maksut ayat berlapis terimakasih | Tiada maklumat berkaitan "ayat berlapis" dalam data kami. Walau bagaimanapun, terdapat "ayat majmuk" dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. | Makna | 08.09.2016 |
saya Nurdin Wasari sedang belajar Bahasa Melayu Dasar, ingin bertanya tentang tatabahasa. Apakah kata ganda berlapis. terimakasih | Tiada maklumat berkenaan kata ganda berlapis dalam data kami. Walau bagaimanapun, menurut data kami, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 76. | Tatabahasa | 11.11.2015 |
Saya Abduiasis Bin Abdulhamid belajar Bahasa Melayu dasar University fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa Apakah Ayat berlapis? terima kasih. | Tiada maklumat berkaitan "ayat berlapis" dalam data kami. Walau bagaimanapun, terdapat "ayat majmuk" dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Penggunaan perkataan disadur dan bersadur membawa kepada pengertian yang sama? | Bersadur dan disadur mempunyai maksud yang sama, iaitu bersalut atau berlapis. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks ayat. | Lain-lain | 08.04.2010 |
perbezaan penggunaan perkataan disadur dan bersadur atau boleh diguna pakai kedua2nya? | Bersadur dan disadur mempunyai maksud yang sama, iaitu bersalut atau berlapis. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks ayat. | Makna | 08.04.2010 |
Tidak bolehkah meletakkan kata hubung di hadapan ayat? | Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Berdasarkan yang tersebut kata hubung tidak boleh berada di depan ayat. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
Apakah kata hubung bagi rangka ayam? Adakah 1 ekor rangka ayam? | Untuk makluman kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Contoh kata hubung ialah dan, atau, tetapi dan sambil. "Ekor" ialah penjodoh bilangan. Dalam konteks ini, penjodoh bilangan tidak perlu kerana bukan semua benda boleh diberi penjodoh bilangan. Oleh itu, gunakan "1 rangka ayam" sahaja. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;. Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan. | Tatabahasa | 08.09.2016 |