Adakah ayat yang berikut betul? 1. Macam ini berlari. 2. Berlari macam ini. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Macam ini cara untuk berlari. | Tatabahasa | 05.03.2018 |
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan? | Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih. | Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belaka. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Mereka berlari menuju / menuju ke arah kantin. | Ayat yang betul ialah mereka berlari ke arah kantin atau mereka berlari ke kantin. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
1. Berlari sambil makan 2. Makan sambil berlari. Tuan, berdasarkan dua ayat di sebelah, adakah kedua-dua ayat ini mempunyai perbezaan? Atau dua ayat itu seerti? | Untuk makluman puan,sambil merupakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungjab dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 251 untuk lebih lanjut. Contoh frasa yang diberikan tidak gramatis kerana masyarakat kita tidak mengamalkan amalan berlari sambil makan atau makan sambil berlari. | Tatabahasa | 24.02.2015 |
Saya ingin tahu Peribahasa yang mana lebih tepat. "Di padang orang berlari-lari di padang sendiri berjengkek-jengkek atau "di padang orang berlari-lari, di padang sendiri berjingkit-jengkit" | Jawapan yang betul ialah Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat bahasa DBP. | Lain-lain | 28.10.2006 |
1. Sekiranya 'untuk' boleh digunakan pada pangkal ayat, mengapakah pula pemeriksa UPSR tidak menerima ayat bermula dengan 'untuk'. Apakah rasionalnya, sedangkan sekolah menengah memang boleh? 2. Adik berlari dengan pantas. Adik berlari dengan pantasnya. Kedua-dua ayat ini mana satu yang betul. | 1. Perkataan "untuk" boleh digunakan pada permulaan ayat. Contoh: Untuk siapakah hadiah itu? DBP tidak mempunyai maklumat mengenai soalan dan jawapan yang diterima dalam peperiksaan UPSR. 2. Ayat yang betul ialah Adik berlari dengan pantas.
| Tatabahasa | 06.07.2016 |
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Anjing berlari pantas tetapi kura-kura merangkak perlahan. berbanding dengan ayat kedua seperti di bawah: 2. Anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura merangkak dengan perlahan. Bolehkah ayat pertama digunakan sebagai ayat yang bagus? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura bergerak dengan perlahan. | Lain-lain | 17.01.2018 |
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon. ii. Penggandaan separa kata berimbuhan berlari = berlari-lari kenang= kenang-kenangan kuning = kekuning-kuningan Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.
| Tatabahasa | 03.10.2014 |
Kenapakah pola ayat di bawah ialah Frasa Nama + Frasa Kerja dan bukannya Frasa Nama + Frasa Adjektif? Kuda itu berlari pantas. | Pola ayat Kuda itu berlari pantas ialah Frasa Nama + Frasa Kerja - berlari ialah kata kerja dan pantas ialah adverba. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 385. | Tatabahasa | 23.01.2011 |