kata berlawan 1.faedah 2.mahu 3.membantu | Kata lawan yang lazim digunakan bagi perkataan yang berikut ialah: 1. faedah - rugi, 2. mahu - enggan, 3. membantu - menolak (lepas tangan). | Lain-lain | 24.10.2009 |
perkataan berlawan untuk selesa | Rimas | Makna | 12.09.2007 |
pilih perkataan berlawan Wajah Pak Mat kelihatan muram. lawan bagi perkataan muram ialah.......... a. riang b. sedih c. girang | Lawan bagi perkataan muram ialah jernih, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jernih untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 16.03.2014 |
apakah perkataan berlawan bagi 'Sedap' | Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Saya ingin menanyakan satu soalan. Perkataan DAHAGA mempunyai perkataan berlawan atau tidak? Jika ada, apakah perkataan berLAWAN bagi DAHAGA? | Bukan semua perkataan mempunyai kata lawan. Dalam hal ini tiada kata lawan bagi kata dahaga. | Lain-lain | 21.03.2008 |
salam . apakah perkataan berlawan buncit | Untuk makluman saudara, tidak semua perkataan ada lawannya. Tidak ada perkataan lawan bagi kata buncit yang lazim diungkapkan seperti gemuk lawannya kurus dan tinggi lawannya rendah. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
1. apakah perkataan berlawan bagi masam, manis dan pahit? 2. (bagaimanakah/apakah) perasaan kamu ketika mendengar berita itu? yag mana satu betul 'apakah atau bagaimanakah'?tq | Lazimnya perkataan masam lawannya manis, dan begitulah sebaliknya, manakala kata lawan yang paling hampir bagi pahit ialah tawar. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
saya ingin bertanya, apakan perkataan berlawan (antonim) yang tepat bagi perkataan "hutang". terima kasih | Tidak ada data yang terakam tentang antonim perkataan hutang. Walau bagaimanapun melihat kepada konsep hutang, kata lawan yang sesuai ialah tunai. | Tatabahasa | 16.12.2013 |
Apakah jawapan yang sesuai bagi perkataan berlawan ini?. remeh. Contoh ayat: Janganlah difikirkan sangat perkara-perkara yang remeh Adakah jawapannya besar atau mustahak. | Jawapannya ialah penting, mustahak,besar. | Makna | 05.03.2007 |
Selamat pagi,saya ada kemuskilan mengenai perkataan berlawan untuk pagi. Adakah jawapannya petang atau malam? terima kasih | Pertentangan perkataan tidak berlaku pada semua perkataan. Perkataan lawan/antonim pagi perkataan “pagi” bukanlah satu lawan satu seperti hitam lawannya putih, tinggi lawan rendah. Perkataan “pagi” berantonim dengan maghrib, malam, petang, senja. | Tatabahasa | 06.03.2014 |