| Bezakan kata 'berlayar' dengan 'belayar'? Mengapakah masih ada sesetengah buku yang menerangkan maksud 'berlayar' sama dengan 'belayar'? Saya ingin mendapatkan kepastian tentang kosa kata ini | Perkataan belayar dan berlayar terdapat dalam Kamus Dewan. Berlayar bermaksud menggunakan layar. Belayar bermaksud 1. berjalan atau bergerak(berkenaan kapal atau perahu) 2. pergi (berpergian) dengan kapal atau perahu. | Ejaan | 25.04.2014 |
| Adakah perkataan berlayar dan belayar sama makna dan boleh digunakan untuk menceritakan tentang "berpergian/bergerak" menggunakan kapal/perahu? | Perkataan berlayar dan belayar membawa pengertian seperti yang berikut. Berlayar bermaksud layar perahu atau kapal. Contoh ayat, “Kapal itu tidak berlayar.” Belayar bermaksud pergi ke sesuatu tempat dengan kapal, perahu dan sebagainya. Contoh ayat, “Aznil belayar bersama-sama peminatnya menaiki kapal mewah.” Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1267. | Tatabahasa | 26.09.2025 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak bertanya penggunaan kata "belayar" dan "berlayar" dalam ayat berikut adakah betul? Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan kapal berlayar kain putih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan menggunakan kapal yang berlayarkan kain putih.” i. belayar bermaksud pergi ke sesuatu tempat dengan kapal, perahu dan sebagainya. ii. berlayar bermaksud (berkenaan perahu, kapal dan sebagainya) menggunakan atau mempunyai layar. iii. berlayarkan bermaksud menggunakan sesuatu sebagai layar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1267. | Tatabahasa | 08.10.2025 |
| Adakah ayat di bawah betul dari segi tatabahasa dan tanda baca? 1. Kapal itu berlabuh setelah berlayar beberapa bulan mengelilingi dunia. 2. Sejak dahulu Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya. | Ayat yang betul ialah: 1. "Kapal itu berlabuh setelah berlayar mengelilingi dunia selama beberapa bulan" atau "Setelah berlayar mengelilingi dunia selama beberapa bulan, kapal itu berlabuh" 2. "Sejak dahulu lagi, Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya" atau "Ramli bercita-cita untuk menjadi penternak kambing yang berjaya sejak dahulu lagi" | Tatabahasa | 17.01.2023 |
| Perkataan mana yang lebih tepat, sama ada 'berlayar' atau 'belayar'? | Ejaan yang betul ialah belayar. | Ejaan | 07.03.2016 |