Salam 1Malaysia dan selamat sejahtera, selaku munsyi saya sering menemukan KKTttr 'berleluasa', misalnya kes ragut berleluasa, gejala hedonisme berleluasa dan sebagainya. Pada pengamatan saya, kata kerja ini disalahgunakan dari aspek morfologi dan semantik atau menyalahi hukum morfologi dan semantik bahasa Melayu. Yang betul ialah jenayah ragut berlaku dengan leluasanya dan gejala hedonisme berlaku dengan leluasanya. Hal ini saya katakan demikian kerana kata sendi nama 'dengan' seharusnya diikuti kata nama, yakni leluasa + nya, menjadi kata nama. Soalnya, adakah rumus tersebut betul? Sekian, terima kasih. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Kami menerima dan bersetuju dengan pandangan tuan, ayat yang betul "jenayah ragut berlaku dengan leluasanya" dan "gejala hedonisme berlaku dengan leluasanya". Kedua-dua ayat ini dibina mengikut rumus yang betul. | Tatabahasa | 20.12.2016 |
Penggunaan kata terbitan "berleluasa" dalam konteks 'gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita'? Hal ini demikian kerana dalam Kamus Dewan 'berleluasa' bermakna berlaku sewenang-wenang atau sesuka hati. Adakah 'berleluasa' dalam tersebut dapat diterima? | Kata "berleluasa" dalam konteks ayat yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat diterima. | Makna | 10.07.2008 |
leluasa, berleluasa | leluasa, berleluasa | Tatabahasa | 04.06.2008 |
gejala sosial semakin berleluasa.. atau gejala sosial semakin leluasa. TQ tuan | Ayat yang betul ialah gejala sosial semakin berleluasa. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
yang mana satu betul untuk menunjukkan semakin menular : berleluasa atau leluasa | Puan Norsaliza, yang betul ialah berleluasa. | Makna | 29.06.2010 |
Kepada siapakah perlu saya alamatkan surat cadangan bagi menyelesaikan masalah kesalahan ejaan yang makin berleluasa di negara kita? | Surat cadangan boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menyelesaikan masalah kesalahan ejaan yang makin berleluasa. | Lain-lain | 14.03.2013 |
bolehkah saya menggunakan ayat .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar dalam karangan | Ayat yang lebih tepat dan dicadangkan dalam karangan: Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak. Hal ini disebabkan masalah pencemaran sungai semakin berleluasa. Selain itu, perkara yang paling penting ialah masyarat perlu ditanam dengan rasa cinta akan alam sekitar. | Tatabahasa | 25.07.2016 |
Tuan, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'sidentri'? 2. Frasa 'Dalam perkataan lain' atau 'Dengan perkataan lain'? 3. Apa beza 'secara leluasa' dan 'berleluasa'? | 1. Perkataan "sidentri" tidak ada dalam sumber rujukan kita. 2. Ungkapan yang betul ialah "dengan perkataan lain". 3. Secara leluasa bermaksud secara tidak terbatas atau tersekat-sekat (dari segi perbuatan, kelakuan dan sebagainya), manakala secara berleluasa bermaksud berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati). merujuk kedua-dua makna ini tidak ada perbezaan yang jelas antara kedua-dua ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 20.05.2009 |
Adakah penggunaan mutakhir dalam ayat berikut tepat. Mutakhir, budaya merokok semakin berleluasa dalam kalangan remaja. mutakhir = akhir-akhir ini. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mutakhir ditakrifkan sebagai terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Daripada takrifan tersebut, penggunaan perkataan mutakhir dalam ayat boleh digunakan. | Makna | 23.04.2014 |
Pengamal-pengamal media elektronik terutamanya televisyen (paling teruk stesen TV swasta) sekarang semakin berleluasa menggunakan apitan "di... kan" secara salah. Mereka kerap menjarakkan "di" daripada perkataan yang diapit oleh "kan" seperti di jalankan atau di agihkan. Minta DBP pantau dan tegur mereka. | Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, kami sentiasa membuat pemantauan penggunaan bahasa Melayu dalam media, dan DBP dan pihak media sendiri sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu penggunaan bahasa. | Lain-lain | 04.08.2014 |