Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lé.ngah] | برلݞه

Definisi : 1. berlalai­lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlengah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaium tuan, Saya ingin bertanya istilah perkataan semerta. Contoh penggunaannya.Semerta bermaksud tanpa berlengah-lengah, serta-merta. Contoh penggunaan ayat ialah Pemulihan boleh diadakan secara semerta dalam bilik darjah.Istilah25.12.2021
Bolehkah kata hubung seperti kerana, sambil, tetapi hadir di permulaan ayat? Contohnya: 1. Kerana asyik berlengah-lengah, Amin tiba ke sekolah lewat. 2. Sambil memasak, ibu mendengar radio. 3. Tetapi, dia tidak mahu mendengar nasihat ibunga.Ayat yang betul ialah ayat 1 dan 2. Lain-lain27.07.2021
Salam. Apakah yang dimaksudkan dengan "undan"Mengikut Kamus Dewan, undan mempunyai makna 1. sejenis burung iaitu, undan putih Pelecanus onocrotalus; undan gangsa  Pelecanus crispus; makna 2. sengaja berlama-lama mengerjakan sesuatu, berlengah-lengah. Makna20.03.2014
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013

Kembali ke atas