Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lé.sén] | برليسين

Definisi : mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu (berniaga, melombong, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lé.sén] | برليسين

Definisi : mempunyai kebenaran utk mengerjakan sesuatu (spt berniaga, melombong). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlesen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pelesenan atau perlesenan?Pelesenan merujuk proses memberikan lesen, iaitu perbuatan melesenkan. Perlesenan merujuk perihal berlesen. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Ejaan29.05.2009
Salam, papan tanda di premis perniagaan, poster dan tempat awam banyak menggunakan struktur ayat yang salah seperti: - Kaunter Menumpang Barangan - Dilarang Masuk Tanpa Orang Berkebenaran - Syarikat Peminjam Wang Berlesen dan lain-lain. Boleh DBP jelaskan?Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan
Lain-lain30.03.2013
Saya ingin mendaftarkan nama tadika saya dengan nama intelligen aulad. Adakah ini bahasa melayu yang dibenarkan? Kerana saya dapati ada tadika lain yang menggunakan perkataan inteligen dan aulad di papan tanda tadika mereka malah di promosi kain rentang yang berlesen. Terima KasihUntuk makluman perkataan "intelligen" dan "aulad" tidak ada dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk intelligent ialah cerdas, pintar dan cerdik. Aulad pula merupakan perkataan bahasa Arab. Oleh itu, kami berharap tuan menggunakan bahasa Melayu untuk papan tanda tadika tersebut.Istilah11.06.2012
Terima kasih atas respons tuan/puan. Berikut adalah teks asal dalam Bahasa Inggeris dan cubaan terjemahan saya dalam Bahasa Melayu: English: Certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) includes non-registering local bank, FFI with low value accounts, sponsored closely held investment vehicles, or limited life debt investment entities. Bahasa: Institusi Kewangan Asing Diperakui sebagai Patuh (“DCFFI”) termasuk bank tempatan berlesen, FFI dengan akaun nilai rendah, instrumen pelaburan pegangan rapat ditaja, atau entiti pelaburan hutang hidup terhad. Mohon pandangan tuan/puan tentang terjemahan istilah-istilah saya itu. Terima kasih.Dalam data kami deemed interest dan deemed derived diterjemahkan kepada anggap patuh dan anggap peroleh, kami mencadangkan certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) diterjemahkan kepada Institusi Kewangan Asing Anggap Patuh diperakui.Penyemakan dan penterjemahan23.01.2015

Kembali ke atas