Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lin.dung] | برليندوڠ

Definisi : 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lin.dung] | برليندوڠ

Definisi : 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang mengkodok di tanjung-tanjung,
     Sayang lengkuas di padang-padang;
Jangan tidak cuba berlindung,
     Supaya puas kita berpandang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Punggur rebah,
     belatuk menumpang mati.

Bermaksud :

Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu".

Tatabahasa12.12.2011
salam... semoga pihak DBP boleh membantu saya. S: adakah DENGAN atau KEPADA yang lebih tepat? contoh ayat: saya berlindung (kepada/dengan) Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam.Mengikut laras yang sedia ada ayat yang betul ialah: Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam. Tatabahasa05.05.2008
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta?Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat.Tatabahasa14.02.2019
maksud perlindunganMakna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif;Makna08.11.2009
Apakah perbezaan antara parit dengan longkang dari segi penggunaan?Kegunaan parit adalah untuk mengalirkan air ke luar atau longkang. Ia juga bermaksud lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dalam peperangan. Selain itu, parit juga digunakan sebagai tali air untuk mengairi sawah dan lain-lain. 

Longkang pula digunakan sebagai parit tempat mengalirkan air kotor. 
Lain-lain22.09.2021
1.Kenapakah frasa ibu bapa tidak diletakkan antaranya tanda sempang? 2.Apakah maksud equatif? 3.Adakah sebarang ayat yang mengandung unsur keterangan adalah ayat majmuk? 4.Ayat :..berteduh /berlindung di dalam pondok ketika hujan. 5.Apakah soalan ramalan karangan STPM tahun 2011?

1. Ibu bapa ialah kata majmuk dan kata majmuk dieja dua perkataan melainkan yang telah mantap sahaja dieja satu perkataan seperti warganegara, setiausaha dan olahraga.

2. Perkataan equatif tidak ada dalam sumber rujukan kami.

3. Tidak semestinya ayat majmuk, ayat tunggal juga boleh mengandung unsur keterangan yang menerangkan predikat.

4. Kedua-duanya betul.

5. Untuk urusan peperiksaan sila hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tatabahasa02.11.2011
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah  1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. Istilah29.06.2009
MaShaAllah. Perkataan yang selalu disebut apabila kita melihat sesuatu yang baru dan cantek akan benda-benda yang diperbuat oleh tangan manusia. Tetapi di Malaysia, perkataan ini digunakan secara menyeluruh tak kira baik ataupun buruk. Bolehkah DBP menjelaskan akan makna yang tepat perkataan tersebut dan diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menggunakan perkataan "MaShaAllah" - untuk perkara yang baik sahaja dan "NauZuBilLah" - untuk musibah dan perkara yang buruk. Terima kasih banyak.Kamus Dewan merakamkan maksud masya-Allah ialah apa yang dikehendaki Allah dan kata seruan untuk menyatakan kehairanan. Perkataan ini boleh digunakan dalam konteks positif atau negatif. Hal ini berbeza dengan kata nauzubillah yang bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah. Semestinya kita mohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripadaperkara yang buruk/kejahatan.Makna27.12.2012

Kembali ke atas