Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.long.go/] | برلوڠݢوق

Definisi : berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, ber­tompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.long.go/] | برلوڠݢوق

Definisi : berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgok
Kata Terbitan : berlonggok, berlonggok-longgok, melonggokkan, longgokan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud “berlonggokan”? Adakah perkataan ini sama maksud dengan “berlonggok”?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata berlonggokan bermaksud berlonggok dalam jumlah yang banyak atau di sana sini, manakala berlonggok pula bermaksud 1. (berkenaan buah, kain, sampah dsb) berada dalam himpunan yang seakan-akan bukit kecil; 2. (berkenaan orang atau haiwan) berkumpul dan berkelompok di sesuatu tempat; 3. kiasan (berkenaan harta, kerja dsb) banyak jumlahnya.

Untuk memperoleh maklamat dalam kata bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna07.12.2024
Perkataan mendakan atau mendapan yang mana lebih sesuai untuk ayat ini "Mendapan/mendakan yang berwarna kuning terdapat di dalam saluran vesel kayu geronggang". Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, istilah mendapan dan mendakan mempunyai persamaan iaitu sesuatu yang turun ke bawah dan berlonggok di dasar (berkaitan lumpur, pasir dan lain-lain). Cuma ciri mendakan yang dinyatakan, iaitu pepejal yang tidak larut yang terhasil dalam sesuatu tindak balas kimia (yang berlangsung dalam larutan) tidak dinyatakan dalam entri mendapan. Kami mencadangkan perkataan mendapan kerana dalam pangkalan data DBP perkataan mendapan digunakan secara meluas dalam istilah perhutanan, geografi dan pertanian berbanding perkataan mendakan yang lebih meluas dalam istilah kejuruteraan.

 

Istilah01.12.2014

Kembali ke atas