Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lu.mu.ran] | برلومورن

Definisi : berlumang (bergelumang) dgn lumpur (minyak, debu, dll), terpalit-palit dgn kotoran (lumpur dll): ia membuka kasut yg sudah ~ lumpur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lu.mu.ran] | برلومورن

Definisi : ada lumurannya; berlumur dgn: Kepalanya ~ darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlumuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah berselaput digunakan dalam conteks berikut: dia menanggalkan kasut yang berselaput dengan lumpur. atau yang berlumuran lumpur lebih sesuai? terima kasih.Kedua-duanya betul.Tatabahasa26.05.2010
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'?

 Saudara Shevir,

1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~;

Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki);

Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini.

2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah.

Makna29.08.2009

Kembali ke atas