Apakah maksud perkataan bermakna dalam ayat di bawah? murid lancar menyebut perkataan bermakna tanpa gagap. | Bermakna dalam konteks ayat tersebut ialah perkataan "bermakna" itu sendiri. | Sastera | 26.08.2015 |
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan" | Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh. | Ejaan | 18.01.2008 |
contravention | Bermakna perbuatan /melanggar, menyalahi. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus bahasa Inggeris Melayu Dewan. | Makna | 07.10.2009 |
Hal ini bermakna, yg betulnya ialah memerdaya, menadbir, dan sebagainya. JIka salah, mengapa pula demikian? | Kata daya apabila mendapat imbuhan menjadi berdaya, memperdaya, mendayai Tidak ada bentuk memerdaya. Tadbir apabila menerima imbuhan meN menjadi mentadbir. Huruf t dalam kata tadbir tidak gugur apabila mendapat imbuhan meN. | Tatabahasa | 05.10.2007 |
Perkataan kesan, keteguhan, bermakna, sampai, akhir, bertakhta, dan kegelapan golongan kata apa? | Kesan, keteguhan = kata nama bermakna, bertakhta = kata kerja sampai = kata sedi nama akhir = adjektif | Lain-lain | 08.03.2013 |
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasih | Ini bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya. | Tatabahasa | 07.08.2015 |
apakah perbezaan antara selari dengan bersiri? | Selari bermakna sama hala, arah atau sejajar; bersiri bermakna rangkaian sesuatu yang sama (cerita, buku, dll) yang dikeluarkan *disiarkan) bertuurt - turut. | Makna | 22.02.2008 |
Assalamualaikum. Bagaimanakah penggunaan huruf besar selepas ayat tanpa noktah? Contoh: Demikian seterusnya... Ini bermakna dia memang orang yang dimaksudkan. Ataupun: Demikian seterusnya... ini bermakna dia memang orang yang dimaksudkan. Terima kasih. -Nik | Berdasarkan contoh tersebut, terdapat dua keadaan: 1. Sekiranya ayat tersebut bersambung tidak perlu penggunaan huruf besar. 2. Sekiranya ayat tersebut tidak bersambung perlu diletak titik lagi (menjadi empat titik ....) dan dimulai dengan huruf besar. | Lain-lain | 27.02.2014 |
apakah erti jati diri dan cara yang betul menggunakan istilah ini. | Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan kon | Makna | 20.05.2005 |
Berikut, manakah penggunaan yang betul 1. Pernyataan Polisi 2. Penyataan Polisi 3. Pernyataan Dasar 4. Penyataan Dasar | Pernyataan bermakna pengumuman, pemberitahuan atau pemakluman; manakala penyataan pula bermakna perbuatan menyatakan (melahirkan, dll). Dalam contoh frasa yang diberikan, penggunaan yang sesuai ialah pernyataan. | Tatabahasa | 28.03.2018 |