Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.las.ma.las] | برمالس-مالس

Definisi : duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.las.ma.las] | برمالس-مالس

Definisi : berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya hendak membuat ayat seperti berikut: SNEK BERSANTAI KEGEMARAN RAMAI. adakah boleh digunakan perkataan bersantai di dalam ayat tersebut dan betulkah penggunaan ayat bersantai didalam ayat tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersantai bermaksud berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, ber­senang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga. Oleh itu, ayat saudara untuk menggunakan frasa tersebut tidak betul kerana bersantai merujuk orang/manusia yang bersantai, bukan snek. Cadangan kami: Snek Kegemaran Ramai.Tatabahasa18.06.2010

Kembali ke atas