Assalam, Apa beza antara perkataan bermandi dengan bermandi-manda. Saya dah semak dalam kamus dewan tak ada perkataan bermandi-manda. Sekian. | Bermandi bermaksud membersihkan tubuh dengan air, manakala mandi-manda bermaksud berbagai-bagai cara atau upacara mandi. | Makna | 31.01.2012 |
Adik duduk di hadapan kipas untuk menyejukkan badannya yang panas dan bermandi peluh. Munsyi, adakah bermandi peluh adalah salah dalam ayat ini? tk | Perkataan bermandi peluh tidak gramatis untuk ayat tersebut. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
1. Yang mana betul: a. Saya bermandi di pantai bersama adik. b. Kami bermandi-manda di pantai. 2. Adakah mandi-manda termasuk dalam golongan kata nama, bolehkah diberi imbuhan ber menjadi bermandi-manda? | Mandi dan mandi-manda ialah perbuatan. Ayat Saya bermandi di pantai dan Kami bermandi-manda di pantai betul. | Tatabahasa | 02.02.2012 |
1) Proton bermutu bagus./ Kereta Proton bermutu bagus. perlu letak kereta di depan Proton? 2) Murid-murid menonton pertandingan kompang. adakah penggunaan menonton pertandingan sesuai? 3) bermain kompang atau memukul kompang? 4) bagaimanakah penggunaan "bermandi peluh"? cth: a) Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh. 5) ladang teh / ladang daun teh? 6) Saya berkelah di air terjun. Saya berkelah di tepi air terjun. Yang manakah betul? 7) Yang manakah berikut ayat majmuk: a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah. | Saudara, 1. Kereta Proton bermutu bagus/tinggi. 2. Murid-murid menonton pertandingan kompang - Boleh digunakan dalam ayat. Namun untuk maksud yang lebih gramatis gunakan 'menyaksikan' 3. Memukul kompang 4. Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh - Kesemua penggunaan 'bermandi peluh' dalam ayat adalah betul. 5. ladang teh 6. Saya berkelah di tepi air terjun 7. a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah - kesemua ayat yang dikemukakan merupakan ayat majmuk (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut) | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang betl? 1. Adik bermandi-manda di dalam sungai. 2. Adik bermandi-manda di sungai. Sekian, terima kasih | Frasa yang betul ialah mandi di sungai seperti ayat Adik bermandi-manda di sungai. | Lain-lain | 14.06.2017 |
Saya bermandi peluh kerana " matahari panas terik " atau " cuaca panas terik " ? terima kasih. | Yang betul ialah Saya bermandi peluh kerana cuaca panas terik. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
1. Setiap hari, ayah bermandi peluh di ladang. 2. Setiap hari, ayah mandi peluh di ladang. Ayat yang mana betul? | Ayat yang betul ialah ayat pertama: Setiap hari ayah bermandi peluh di ladang. | Tatabahasa | 11.08.2016 |
Pada Kamus Dewan dicatatkan mandi seerti bermandi. Contoh ayat pada Kamus dewan ialah "badannya mandi peluh". Kenapakah ayat begini "setiap hari, ayah mandi peluh di ladang." adalah salah? | Penggunaan yang lebih gramatis ialah bermandi peluh. Untuk makluman tuan, kamus merakam makna sesuatu perkataan. Tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan bagi penggunaan tatabahasa yang betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 165 menunjukkan aspek makna awalan beR-. iaitu pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu makna yang terkanduang dalam kata dasar. | Tatabahasa | 03.09.2016 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Saya bermandi-manda di tepi pantai. 2. Saya mengutip siput di pantai. 3. Saya berenang di tepi laut. 3. Saya berenang di laut. 4. Saya menyiram pokok bunga di halaman. 5. Saya menyiram pokok bunga di halaman rumah. (mengikut kamus dewan, halaman membawa maksud perkarangan rumah.) Terima kasih. | 1. Saya bermandi-manda di tepi pantai. Ayat ini kurang tepat kerana lazimnya perbuatan mandi-manda dilakukan beramai-ramai. 2. Saya mengutip siput di pantai. Betul. 3. Saya berenang di tepi laut. Ayat ini kurang tepat. 3. Saya berenang di laut. Betul. 4. Saya menyiram pokok bunga di halaman. Betul. 5. Saya menyiram pokok bunga di halaman rumah. Ayat ini juga telah mantap dan banyak digunakan dalam wacana. | Tatabahasa | 16.10.2014 |